Tabung Yaddin

Tuesday, November 22, 2011

22112011



p/s : puas hati gila mlm td tengok Harimau Malaya baham Garuda di Stadium GBK...Game yg terbaik pernah aku tengok...N saalah seorag pemain Malaysia yg amek sepakkan panalti itu ialah.. FANDI Osman.. (*_*) ..tp Baddrol Bakhtiar memang TERBAIKKLAHHHH!!!!!

Monday, August 29, 2011

Salam Aidil Fitri, 2011



Wahh...kejap jer dah abis ramadan tahun nih..
n ramadan kali ini sangat-sangat mencabar bagi i dari segi mental n fizikal..
 Bole dikatakan hari-hari ada jer isu yg mencabar tahap kesabaran sampai sume
orang perasan i terlalu stress..muka pun habis penuh dengan jerawat!!! arghhhh... :(
N Syawal kali ini disambut dgn perasaan yg agak sedih..sob..sob..sob...tp i tetap 
bersyukur kerana masih lagi menyambutnya dengan famili tercinta n the best part, 
arinih i masak ketupat sendiri. Rendang, adik plak yg masak..sumenyer ktorg buat sendiri n
hanya dipantau dr jauh oleh my mum.. 
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin


p/s : Al-Fatihah untuk arwah tokyah..dah genap sebulan dia pergi meninggalkan kami sumer..ptg nih, abg 
tok ayah plak meninggal..Esok raya...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Kembali

Salam..Selamat menyambut ramadhan kawan-kawan..Semoga ramadhan kali ini memberi 1001 rahmat untuk kita semua...Selamat Berpuasa semua... ;)

p/s : huhuhu...teringat kenangan berpuasa kat Taman Firdaus...

Friday, July 29, 2011

Marah

As'salamu'alaikum....
Tazkirah di pagi Jumaat...






 p/s : Rasa-rasa korang kategori mana ya????

Thursday, July 28, 2011

Facebook

Salam kawan-kawan...
Atas beberapa sebab, saya dah off account FB saya...
Sedih memang sedih tp itulah jalan yang terbaik untuk masa ini..
=)

Sunday, April 24, 2011

Kena Reject - Part 2




Ok..ni sambungan kisah dari entry yg LEPAS ..standart la kan, bila putus cinta, nak-nak lagi 1st love, for sure mesti ada perasaan frust yang tak terhingga. Itu la, mak dah nasihat, adik-adik dah gelak-gelakkan kakak diorang tapi tuan badan yang makan hati penangan cinta pertama, hanya ALLAH saja yang tahu. Kalau dari awal aku tahu sakitnya perasaan putus cinta itu, tak ingin aku nak bercinta, ok!! hahahaha.... baik single dari couple tak tentu hala nih..tp itu la, terlajak perahu bole diundur, terlajak sayang, sendiri mau ingat loooooo...




Dalam masa frust-frust tu TETIBA ada la sorang hamba allah nih muncul.. Ala-ala macam kisah dongeng zaman dahulu kala. Muncul dengan tiba-tiba..Kononnya Secret Admire aku time zaman poli..Woowwww!!!..sungguh tidakku sangka, time poli dulu aku ada admire tu...kehkehkehkeh.. Segala pergerakkan aku, tingkah laku aku, habit aku,kawan-kawan aku, semua dia tau. As an ordinary person, saper tak rasa bangga kan..iiyyeeewww..ada perasaan riak di situ, ok!! tu pasal Allah tak redha..Yang syoqnya, walaupun kelas aku dan kelas dia selalu bertembung, tapi aku TAK PERNAH PERASAN KEWUJUDAN dia time tu tapi classmates dia aku perasan..ho h0 ho.. nasib ko ler...




Kira waktu frust-frust tu, dia la jadi tempat aku luahkan perasaan. Luahkan perasaan terkilan n so on la. Dan dia hanya mendengar jer semua luahan hati & perasaan aku tanpa komen pa per. Dia tak jeles ker??? oOOoooopsss..untuk pengetahuan korang, dia adalah sorang sangat kuat cemburu dan egonya sangat tinggi. Cuma di awal perkenalan jer dia maintain cool. Standart laki2 la..buah mula nak mengorat..huhuhu ..Walaupun dengan perangainya yang agak strict macam tu, aku bertahan kawan dengan dia selama 3 tahun bebb!!! Yang 1st luv tu kawan 8 bulan ja, tp aku punya frust sampai 2 tahun ok!!!  Dan untuk pengetahuan semua, kami kawan jarak jauh. So kami byk sms, mms dan gayut tepon sampai dua tiga jam nanti dah tua kalau aku pekak, xder sebab lain la.. , setiap hari!!!! tu pasal tak kekal lama, sebab dah dia dah bosan dengan aku
...
...
...
...
...
...
...

hmm..rasa cam dah panjang je entry nih.cukup dulu..nanti aku citer lagi.....to be continue...... 

Monday, April 18, 2011

Sambut Birthday Di Hospital Tunku Fauziah

Tetiba ada SMS masuk [22.34 pm]....

En. Tunang : Daling [baca dgn nada selamber]  ada mana ya???
Saya : Ada kt rumah 
En. Tunang : Okey da..bye
Saya : [xreply sms encik tunang] Dalam hati...hampehhhhh..

Then saya pun main tenet dengan santainya [tengok maharaja lawak minggu ke-3]..

Tetiba ada sekeping SMS masuk [23.03 pm]
En. Tunang : Jom dating....hehehehehehehehe [perhatian : En. Tunang memang suka gelak &senyum]
Saya : Hehehe...mai amek org

********
Dalam kereta....

En. Tunang : [ seperti biasa : senyum sentiasa] hehehehehehe....U..Happy Birthday.. [sambil nanyikan lagu birthday versi P.Ramli punya, siap dengan mimik muka konon2 menghayati habis la]
Saya : [control cute & buat muka serius..kehekehekeh] Apa plak..awal lagi la..belum pukul 12 pun...
En. Tunang : Tak pa la..I wish awal-awal coz i nak jadi orang PERTAMA wish birthday U..
Saya : Sengeh tanpa kata-kata [sure kecik ati kalau tau dia orang ke-3 wish birthday aku..huhuhu]


En. Tunang : U nak makan apa??? I belanja U malam nih.
Saya : Apa-apa jer..Tak kisah [ orang dah makan la dan masih kenyang lagi]
En.Tunang : Jom kita makan capati nak??
Saya : ok..

*******
Sambil layan dia makan, dia pun dok pot pet-pot pet...Mula la cerita macam-macam termasuk cerita ex-gf kesayangan dia tu..*BOSAN* disitu ya tapi layankan jer... 

Tetiba :
En. Tunang : U...jom teman i pegi hospital. I rasa sakit i makin teruk la...
Saya : Ok..tapi kali ni kena jumpa doktor betul-betul tau..Tak mau macam ari tu..bole plak buat lawatan depan Wad Kecemasan tu. Takut apa tah..
En. Tunang : Tengok dulu camna.kalau tak ramai orang, ok la. Lagipun I takut...
Saya : Ada plak camtu..Takut apa??? hahahahahaha

********
Kali ni suasana Wad Kecemasan agak lengang sikit berbanding tempoh hari. Memula dia nak wat lawatan jer kt depan hospital tu tp aku cubit dia kuat-kuat dan cakap, jangan nak mengada-ngada. So, dia pun mengalah..

******

Saya : Jap g jumpa doktor tu cakap betul-betul la..bagitau keadaan U macam mana. Jangan nak selindung. 
En. Tunang : Tengok dulu macam mana
Saya : aiiii...jangan nak mengada-ngada yer..ke U nak I masuk sekali n bagitau doktor tu apa masalah U..
En. Tunang : Ok..Ok..[muka cuak giler]
Saya : Nak takut apa?? releks la..
En.Tunang : Aku takut JARUM la..sakit wooo kena cucuk
Saya : Hahahhh??? Sebab takut jarum ja???? hahahahahaha...

********
p/s :Tak pasal-pasal melawat HTF malam tadi..ingatkan ada surprise pa per tapi mujur la aku tak mengharapkan apa-apa dari dia..dapat hadiah KASIH SAYANG pun dah cukup bermakna... :P








Sunday, April 17, 2011

17 April 2011

Hari ni besday my mum...Mak..Happy Birthday.. Semoga panjang umur dan murahkan rezeki hendakNYA...I love U sooooo muchhhhhh...muahhhh...muahhhhhh  ...   Blowing a kiss







Thursday, April 7, 2011

Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan gila-gila bila orang sekeliling selalu bertanya : 

1) Bila nak kawen??
Jawapan : Kenapa??? Salah ker kawen lambat????

2) Bila nak abis belajar??? Rasa macam dah lama jer belajar...
 Jawapan : Belajar sampai mati,bole???

3) Dah kerja ke belum?? Kerja apa ya??
Jawapa : Kerja saya ialah belajar sampai ke tua, bole???

Sunday, March 27, 2011

Dream High

Me : weii...dah abis khatam citer Secret Garden...gila..dalam masa 2 hari..
My sister : Bagus..khatam plak citer Dream High ..
Me : Gilo...mau layan citer tu, pakai tak writting arrr...huhuhu



Last two days...Serius!!!! I telah jatuh cinta dengan drama ini..Lain dari yang lain..Overall lakonannya biasa2 jer but the story line is nice..Tak der cinta yang over-over n OST dia memang menarikkkk gila!!! Alunan violinnya sangggaaatttttt mengaysikkan...Kalau tak caya, try korang layan lagu nih...






p/s : best kan??? actually, semua pelakon nih bole menyanyi dan menari..suara diorang sangat best!! **;

Wednesday, March 23, 2011

Perpisahan Ini




Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati 
[ memula jer kot..sekarang bahagia gila.. ^^; ]
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini 
[ ya...Thank to ALLAH kerana bg aku alami perasaan itu & sedar setaip yg berlaku adalah hikmahNYA]

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan [ yeah..sungguh menyampah bila terdengar lagu2 tersebut ] 
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu  
tak ingin aku kenal KAU!! 

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian 
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Monday, March 21, 2011

Weiii....sungguh keliru....

Assalamu'alaikum...
Serius..saya nih bab ilmu agama memang tak penuh di dada. Masih banyak kekurangan. Rasa jahil gila. Tambah-tambah lagi apabila melibatkan bab solat. Nak-nak lagi bab solat Jamak dan Qasar. Macam-macam kemusyukilan timbul..so, dengan bantuan MR.GOOGLE, saya ingin berkongsi sedikit ilmu ini supaya solat kita bole dipelihara hendak-NYA..

PENJELASAN KEPADA MASALAH KEKELIRUAN SEKITAR PERSOALAN JAMAK SOLAT(HIMPUMKAN SOLAT)

by sunnah on Tuesday, May 4, 2010 at 8:02am
Melihat kepada persoalan yang biasa ditanya di forum-forum siber mahupun yang diterima secara langsung, saya terlihat masih ada kekeliruan di kalangan orang awam seperti kita tentang solat jamak (menghimpunkan dua solat dalam satu masa).

Antara kekeliruan/kesilapan yang boleh saya senaraikan adalah:

[a] - Solat jamak hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.

[b] - Ianya mesti dilakukan secara pakej, iaitu dilakukan berserta dengan solat qasar.

[c] - Apabila di dalam pertanyaan menyebut ‘menjamakkan solat’ yang dimaksudkan penanya adalah melakukan solat jamak dan qasar. Bukan solat jamak sahaja.

[d] - Tidak melakukan solat jamak kerana tidak tahu lafaz niatnya.

[e] - Tidak boleh melakukan solat jamak melebihi tempoh tiga atau empat hari (kerana terkeliru antara solat jamak dan solat qasar)

Tujuan saya menyusun risalah ringkas ini bukanlah untuk menghuraikan segala permasalahan solat jamak dan qasar tetapi sekadar berharap dapat memberi penjelasan dan pencerahan terhadap solat jamak sahaja. Semoga ianya dapat mengeluarkan pembaca daripada kekeliruan.

BERKENALAN DENGAN SOLAT JAMAK

Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

[1] - Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).

[2] - Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).

Dalil:



كان صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب


Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir -pen).

Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).

Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).

Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen). [Dikeluarkan Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – hadis no: 164.]

Namun perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.

SOLAT JAMAK DAN QASAR TIDAK SEMESTINYA SATU PAKEJ

Maksud solat jamak seperti yang telah dijelaskan. Solat qasar pula bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]

Kedua-dua solat ini tidak semestinya dilakukan secara bersama. Kalau dilihat pada pensyaratan melaksanakan solat qasar dan jamak juga berbeza. Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Sila rujuk sub-topik SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN.

SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR

Bermusafir bukanlah faktor penentu untuk melakukan solat jamak kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak ketika di Madinah. Disebut di dalam sebuah hadis dari Ibn Abbas:



صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Imam al-Nawawi telah berkata:

“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Syarat bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di dalam sub-topik berikutnya.

SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN

[1] - Bermusafir

Seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:



صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Hadis di atas menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, juga atas sebab lain selain daripada sebab yang disebutkan. Sila lihat syarat-syarat lain di bawah.

[2] - Suasana yang sukar atau sulit

Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan:



أراد أن لا يحرج أمته


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya. Dalilnya adalah:



عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.


Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa

a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.

b) Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.

c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

[4] - Jamak kerana hujan

Antara salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:



جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Sekalipun hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan ketakutan atau hujan, secara mafhum (fahaman tersirat) ianya menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat ketika hujan.

Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan:

a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

b. Waktu yang dibenarkan untuk di"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

e. Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat) [Lihat: al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil: 1, hal: 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil: 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut: Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Rukhsah Solat Jamak]

TIDAK TAHU LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK

Ini merupakan pengalaman peribadi suatu masa dahulu, keluarga, sahabat handai dan orang-orang yang bertanya. Antara peyebab ditinggalkan solat jamak adalah kerana tidak tahu bagaimana hendak melafazkan niat bagi solat jamak. Adakah “sahaja aku solat jamak zuhur dan asar…” ataupun “sahaja aku jamakkan solat zuhur dan asar..”? Sesungguhnya ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajar bagaimana melafazkan niat untuk apa jua solat sekalipun, termasuklah solat jamak. Itulah sebabnya mengapa tiada hadis sahih berkenaan cara-cara melafaz niat baik untuk solat fardhu mahupun solat sunat. Setiap amalan memerlukan niat, tetapi bukanlah memerlukan melafaz niat. Cukup sekadar lintasan azam/hasrat/keinginan di dalam hati kita mengetahui apa yang hendak/bakal dilakukan. Melafazkan niat itu hanyalah ijtihad ulamak bagi membantu orang yang mempunyai penyakit was-was yang keterlaluan.

Di dalam Ighatsatul Lahfan Ibn Qayyim rahimahullah menyatakan:

Niat ertinya menyegaja dan bermaksud sungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dan tempatnya adalah di dalam hati, dan tidak ada sangkut pautnya sama sekali dengan lisan... [Dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan Syaikh Sayyid Sabiq di dalam Fikih Sunnah, Victorie Agencies, jld. 1, ms.286]

Dalam menghuraikan tentang hadis "tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat", Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:

Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud...

...Baidhawi berkata: "Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudharat, sedangkan syari'at aadalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya" [Dinukil secara berpisah dari Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari (terjemahan Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azam, jld 1 ms. 19]

Berikut adalah satu contoh bagi memudahkan pemahaman: Niat hendak makan roti canai. Tidak perlulah melafazkan atau menyusun ayat dalam hati "sahaja aku makan roti canai pada waktu tgh hari berserta kuah kacang dal". Memadai lintasan dlm hati kita mengetahui kita ingin menikmati roti canai maka kita pun pergi makan roti canai.

Namun ditegaskan, Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]

PENUTUP KATA

Moga risalah ringkas ini dapat menjawab persoalan dan merungkai kekeliruan tentang solat jamak. Moga pengetahuan mengenai solat jamak ini juga dapat menjadikan kita tidak mudah bersangka buruk dengan individu yang mengamalkan solat jamak berbeza dengan pemahaman ilmu kita yang terhad sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.
Wallahua’lam... 

p/s : PERINGATAN - Maksud Jamak ialah Himpunkan Solat. Maknanya, jumlah rakaat solat tu adalah seperti biasa [cth : solat zohor 4 rakaat + solat asar 4 rakaat ; dilakukan samada jamak taqdim or jamak takhir]. Bezanya kita himpunkan solat-solat tersebut pada waktu-waktu yang dinyatakan seperti diatas...  

Thursday, March 3, 2011

It have been a year

Semalam...2.3.2010..
Maknanyaaaa..sudah setahun i kenal Encik Tunang..Wowww...cepatnya masa berlalu..Maknanya sudah setahun  aN abis master..Aku????  (T_T)... Sedih gila..sob..sob..
Dan semalam adalah hari paling sedih sebab sampel yang aku run dari pagi [10pg -1 Tgh ~INEE, Seriab....2 - 6 ptg ~ Cleenroom, kola perlis] sampai pukul 6.00 ptg, tetiba tanpa di sangka-sangka, semasa aku khusyuk tengah pegang sample, tup-tup aku tersilap percaturan dan tanpa disangka sample tersebut terjatuh dan hilang tanpa dapat di kesan. Sample tu kecik ja, ukurannya lebih kurang 1cm x 2cm. Terbongkok-bongkok la aku mencari sample itu dan dalam masa yang sama aku risau gak kot-kot terkena BOE ker Aluminum Etch ker..HF ker..kang naya jer n lastly give up camtu jer sebab keselamatan diri perlu diutamakan...arghhh..nak marah pun tak bole sebab salah diri sendiri.. Dah la sample tu ada nitride.. Last-last pujuk diri sendiri..dah nama pun RESEARCH......SABAQ!!! tapi bila ingat mamat ni cakap "la..eksperimen tak abis-abis lagi ker?? ingatkan dah abis"..aduhhh..sakit ati gila!! Kata orang, dia tu master pun tak siap..buat bertahun lama dari aku tapi tak per la dia anak EMAS bos!!..Tu yang dapat kerja senang-senang jer..Mai kerja pun ikut suka hati dia ja..Pelik sungguh dengan spesis manusia macam ni!! Arghhh Lupakan bab lab merunsingkan kepala ja..

Ok..kenapa saya suke En. Tunang saya???
Sebab En.Tunang saya simple minded...

Kenapa saya suke suke En. Tunang saya???
Sebab dia lelaki paling hampeh!! hahahaha

Kenapa saya suke En. Tunang saya??
Sebab dia jenis yang akan cuba tolong semua orang ada di sekelilingnya..

Kenapa saya suke En. Tunang saya???
Sebab mulut die macam longkang!!! hahahaha...

p/s : walau apa pun pandangan orang terhadap En. Tunanfg saya, pada saya dia adalah seorang yang jujur, tak ego sangat,bertanggungjawab dan ada matlamat hidup. Tak macam setengah orang tu, mulut tu mudah jer lafaz cinta dan sayang tapiiiii.. HAMPEH!!!! Ego nak mampus!! Pengecut .. Alim-alim kucing n sooo on laaaa... [warghhhh...lepas geram kat sini plak... :P ]

Tuesday, February 22, 2011

Bulan ke 2....






Sambil -sambil tengok BW....tetiba mata tertengok sticker sebelah blog...then tengok  tarikh ari nih, 22022011..wah, dah 2 bulan officially  i jadi tunang kepada En.Tunang!! ;) .. "Ya allah...sekiranya dia diciptakan untuk aku, pemudahkah lah urusan kami...Amin..." =)


Thursday, February 17, 2011

Rahmat Ujian



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



Lagi nih ditujukan khas untuk diri sendiri, tika dan tirah ...tapi more too diri sendiri...kalau hampa dua rasa sedih dengan ujian yang allah bagi, kakak lagi super duper sedih..ujian hampa dua kecik ja..ujian yang kakak hadapi lagi besar...oleh itu, bersyukurlah dan tabah menghadapi segala ujian yang diberi  :|

Kena Reject!!! Part 1

Assalamua'laikum..... =)



ho ho ho...direct to the piont la..apa perasaan korang bila kena reject dengan somebody yg korang minat or admire???  nih kira kes berani mati la...maksudnya, seorang perempuan ngaku suka pada seorang laki2...ibarat macam perigi cari timba la..korang pernah tak alami situasi nih??? Apa perasaan korang apabila kena reject?? malu??? segan??? frust???

Releks la weii...satu ketika dulu,aku pun pernah luahkan perasaan suka pada insan yang bernama laki2 n aku pernah kena reject!! hahahahaha...sungguh lawak bila terkenang semula kisah di zaman muda remaja dolu-dolu...well...sekarang pun i muda juga tau cuma muda sedang-sedang jer... :P

ok...back to the topic..apa perasaan aku masa kena reject ek??? entah..releks jer..tak der pun rasa frust ke malu ker apa ker coz aku cuma bagi tau mereka-mereka itu [waaaa.....statement berani mati tu..macam ramai jer yang aku minat time sekolah dulu..tapi bohong la kalau somebody tu tak pernah minat sesapakan???....poyo jer... =)) ] yg aku suka mereka...itu saja..bukannya aku cakap aku jatuh cinta ker...aku nak diorang ni jadi husband ker apa ker..aku cuma cakap, aku SUKA sahaja...




Pada aku,perasaan suka ini merangkumi banyak maksud..Kadang-kadang kita tersuka seseorang itu apabila di mata kita dia terlalu istimewa..Contohnya masa aku sekolah rendah dulu..Pada aku dia sangat hebat kerana dia sangat pandai dalam subject Bahasa Inggeris..besa la, sekolah kampung..sapa yang markah tinggi Bahasa Inggeris kan cikgu selalu puji..kagum woooo..macam mana la dia bole dapat markah 98%...terror beb!!! pastu mula la balik sekolah buka buku Bahasa Inggeris..Konon-konon study..nak bagi pandai BI juga..tapi asal buka buku BI jer, menguap..n tido....hahahaha..Lama wooo aku minat dia..bayangkan..dari darjah 1 [kecik2 dah pandai minat orang...haishhhh] until awal sem masa balajar kat poli dulu...hohoho...bocor rahsia kat sini la plak... =)) ...Kira dalam range masa tu, bukan aku tak der minat orang lain, aja jer tapi dia nih kira paling lama la aku minat dia..tak tau pasaipa..Kira aku selalu la follow perkembangan dia dari jauh..sampai la satu hari, aku dapat tau dia ada awek!!! Time dapat tau berita tu sedih gak tapi tak frust pun...hahahaha.. Sejak dari itu, perasaan aku mati untuk dia...hehehehe...[moralnya : apasal xbagtau dia yang aku suka dia..kang dia dah kena rembat dengan orang lain... ;P ]



So, lepas dari peristiwa itu, bila aku minat seseorang, aku akan cakap jer kat orang tu yang aku minat dia and aku nak kawan jer.Lepas aku luah perasaan, aku wat bodoh jer. Apa jua feedback dia, aku tak kisah. Kalau dia sudi berkawan, so aku kawan jer la. Kalau tak sudi, lantak kau la..Malasaku amek kesah. Lagi satu, aku nih bukan jenis yang suka bagi gift kat admire aku. Pada aku, buang masa dan buang duit ja..hahahaha..kedekutkan aku???? :P ..Bukan apa,kadang-kadang kita tak pasti sama ada perasaan kita tu sebenarnya perasaan kagum dengan kelebihan die ker or perasaan suka sahaja. Sometimes tu,bila kita kenal dia lama2, perasaan suka itu akan hilang or pudar dengan sendiri sebab kita dah kenal perangai dan sikap dia.dan secara automatiknya perasaan suka itu akan bertukar menjadi bosan.. Betul tak??? So, time tu aku tak der niat tersurat dan tersirat sebab time sekolah dulu, aku memang tak minat nak bercinta..kehkehkehkeh..serius weii..aku tak pernah bercinta masa sekolah n masa belajar diploma dulu pun aku tak pernah bercinta. Kenapa??? sebab bila aku ada orang approach aku,aku akan tolak coz time tu aku mesti fikir banyak kali; betul ker mamat nih akan jadi suami aku???? padan muka aku sebab sampai sekrang tak kawen-kawen lagi kuno kan pemikiran aku....kahkahkahkah... 

Lepas abis belajar diploma, aku pun kerja kejap kat kilang kat Penang sementara nak sambung blajar semula. Kat bumi Penang la aku mula-mula belajar bercinta. Kira first love la nih...wahhhh gitu..memula, aku tak suka pun mamat nih tapi mamat nih banyak pengalaman dalam mengayat perempuan..Sweet jer ayat dia masa mengayat aku..Last-last aku pun cair..cewahhhh...hahahaha...Di pendekkan cerita, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari........


 TO BE CONTINUE......

Saturday, February 5, 2011

Kaherah, bumi Mesir

Adakah saya kategori  rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap isu-isu semasa??? Memula tertengok berita di TV, pastu tertanya-tanya, apa kes plak nih yang  berlaku kt Mesir. Pastu dengan tanpa was2, balik kampung dengan gembiranya. Maklum la, cuti Tahun Baru Cina. Time nih la bole kumpul dgn adik2 beramai-ramai. Seperti biasa, sambil lepak-lepak tu, sambil tengok depa online FB + tengok drama terbaru Korea [wajib!! sbb ada tukang dok mendowndloadnya] ...

Aku : Eh..apa kes kat Mesir ek?? Huru-hara ja tengok berita tgh hari td..Tapi kak tengok gitu-gitu jer la..Tak fokus pun
Tika : Entah...dekka pun tak tau..Jap nak google..Tapi tengok kat FB kawan-kawan dekka tadi, Depa cakap rakyat mesir dok memberontak..Nak tukar pemimpin katanya..
Aku : Tengok FB??? Tapi awat FB kak xdak sapa2 pun updates pasal isu kt Mesir tu
Tika : La....kan kawan-kawan dekka ramai belajar kat sana. Tu yang bole tau, kalau tak, tak dak maknanya tahu pasal kes ni..Mebi kak xdak kawan-kawan yang belajaq kat sana kot.Tu sebab jadi cmtu..Tengok wall kawan dekka nih...[semua mata tertumpu pada wall tersebut]. Dia ni belajar kt Universiti Masora. Dah la jarang online..Semua orang risau kat keselamatan dia
Aku : Sungguh gak nooo..Lupa..kak memang xdak kawan2 blajaq kat sana pun [ mana nak ada..umur dah 28. Semua dah abis blajar]
Tirah : A'a..kawan-kawan adek pun ramai gak balajar kat sana. Depa cakap sana dah terok. Banyak rumah kena pecah masuk. Makanan xdak. Mesin ATM tak dak duit sebab kena pecah.Tambah-tambah lagi banduan semua dah terlepas dari penjara...
 Aku : Isk..sampai cmtu sekali nooo...sungguh menakutkan...

Hmm..nak ulas lebih-lebih pasal isu nih, aku pun tak cukup info. So apa kata jom kita skodeng blog orang lain..Contohnya seperti blog 1, blog 2, blog 3, blog 4....


p/s : Bersyukurnya jadi rakyat Malaysia.. Biasanya, bila sesebuah negara bergolak, sapa yang untung?? Pernah tak korang terfikir sapa dalang disebalik semua ini??? Ya, yang nak digulingkan itu, orang mereka, yang tunjuk perasaan pun orang mereka sendiri dan yang bakal pemimpin baru mereka pun orang mereka juga TAPI, pemimpin mereka sekrang ini pro siapa, Israel or Amerika?? Dan bakal penggantinya pun kena selidik juga..Dia pro siapa??? Ingatlah wahai umat Islam, musuh utama kira ialah diri kita sendiri.. Fikir-fikirkan lah..Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

Tuesday, February 1, 2011

Via Android

Sumber : Maxis



Rasanya aku nih kategori ketinggalan zaman juga orangnya...Teknologi telefon bimbit sekarang nih memang canggih-canggih giler sampai sesetengah perkataan tu bila dengar, rasa jakun pun ada. Kalau setakat handphone iPhone & BlackBerry tu memang dah besa dengar dan tengok dah walaupun sebiji handphone tersebut tak pernahnya aku miliki coz aku nih kategori orang yang sangat-sangat berduit...ho h0 ho h0... =)) .. Tapi baru-baru nih aku menjaadi semakin jakun apabila mendengar dan melihat perkataan ANDROID ...benda alah apa plak nih??? adakah ia sejenis dadah??? bunyi ala2 macam STEROID pun ada...maka dengan rendah dirinya aku pun gagah la google cari maksud ANDROID...bukan apa, nanti bila orang tanya, hang tau tak apa itu android??? aku bole laa dengan riaknya jawab..alah..tahu...Android tu yang robot hijau tu kan??? kan???...kahkahkahkah [ aci tak jawapaan ini?? ] 

Ok..back to the topic...Menurut En. Google.. Android adalah : -

1) suatu OS (Operating System) yang dibina oleh Google untuk penggunaan telefon bimbit jenis SmartPhone [kecuali BlackBerry & iPhone - depa ni guna OS yg lain] dan  mempunyai ciri-ciri aplikasinya seperti Windows dan Apple [ PERHATIAN!!! bukan buah epel hijau atau merah yg kita selalu makan itu yer] 

2) asasnya ia dibina untuk telefon bimbit yg mempunyai Linux

3) Matlamat utama OS ini di bina adalah untuk memudahkan para pengguna berhubung antara satu sama lain di alam maya dengan pantas dan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Cth : Bila pi melancong sesuatu tempat macam Paris ke London ke,time tu kita terlupa nak bawa laptop or notebook kehabisan bateri, or malas nak berat-beratkan beg bawa benda alah tu, tapi dengan hanya menggunakaan SmartPhone pun kita masih bole berhubung dengan sedara mara, kawan-kawan dan sapa saja dengan syarat tempat tu WAJIB ada excess internet laa...kalau tak, xder maknanyer guna handphone canggih-canggih ini..beruk tengok pun dia tak heran, malah mungkin dia fikir manusia nih sewel ker syok sendiri...kahkahkahkahkah

4 ) Antara handphone yang menggunakaan aplikaasi Android ialah : Samsung Galaxy Spica, Google Nexus One, HTC Magic, HTC Hero, HTC Lagend [ ni hp geng2 korea punya], Sony Ericsson Experia n so on la..nak tau lebih lanjut sila tengok page ini or  yang ini juga..Kat situ juga korang bole tau kelebihan & kelemahan Mr. Android nih..


Ni lah contoh handpahone yang mempunyai OS Android . Nak senang citer, kalau hampa tengok  hp orang tu yg jenis touch screen or yg screen besaq tu dan kat screen tu, icon YouTube ker Facebook ke Twitter ke Google terpampang dengan jelas, maknanyaa handphone tu kemungkinan besar gunaa OS nih... 

p/s : lepas nih tak tau la apa benda plak yg akaan keluar.. ;)





Monday, January 31, 2011

Perlukah create account Twitter???









Serius..sekarang nih FB sangat bosan..Ingat g masa memula buat FB dulu..Time tu rasa best gila!!!..apa yg best pun tak taw..Tapi sejak kebelakangang nih,  FB semakin hari semakin membosankan...Adakah perlu buat account Tweeter plak??? [ ceh...bosan kunun...alasan!!!!...alasan!!! ..jgn nak mengada2 main twitter plak..yg dok ada nih pun mengadap hari2 compare tu benda lain...haishhhh... (T_T) ]

Thursday, January 27, 2011

Bila putus cinta

Mesti korang semua igt aku tengah sedih-sedih or sewel or tengah jiwa kaco kan??..tapi sebenarnya tak..aku ok..malah tersangat-sangat ok...cuma kemarin aku dengar cerita mengenai seorang perempuan yang tidak bole terima kenyataan bila bekas kekasihnya bertunang dengan orang lain..so, pun google la sesuatu untuk di baca dan aku jumpa artikel nih..meh kita baca...layannnn... 





Cinta secara umumnya dipandang indah oleh manusia. Malah, ada yang terlalu taksub dengannya. Anda boleh panjang-panjangkan leher anda menjengah ke kedai-kedai buku Novel melayu, dan anda akan melihat lambakan karya yang meletakkan nama cinta pada tajuk buku.
Cinta digambarkan mengasyikkan, alam yang penuh bahagia, dan amat manis. Gambaran-gambaran indah ini menyebabkan kebanyakan manusia terburu-buru dalam bercinta. Sedangkan sebenarnya, cinta hanyalah satu sub-alam kepada alam yang sebenar. Cinta masih berkongsi realiti alam yang sebenar. Sebentar anda akan berada di atas, dan sebentar anda akan berada di bawah.
Ada masa, ALLAH akan menguji anda dengan memutuskan alam indah anda itu. Kejadian putus cinta bukanlah satu fenomena asing dalam kehidupan manusia. Dan banyak kejadian buruk berhubungan dengan kes putus cinta juga banyak.
Ada yang mengambil keputusan untuk terus membujang, ada yang mengambil keputusan berpindah ke tempat yang jauh dari tempat dia menjalin cinta, ada yang mengambil keputusan berfoya-foya melupakan segalanya, malah ada yang mengambil jalan buruk dengan membunuh bekas pasangannya kerana terlalu marah atau cemburu, malah, ada juga yang mengambil keputusan membunuh diri sendiri.
Putus cinta seakan-akan mengurangkan komposit akal seorang manusia.


Untuk baca full artikel sila baca kat link ini









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...