Tabung Yaddin

Saturday, February 5, 2011

Kaherah, bumi Mesir

Adakah saya kategori  rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap isu-isu semasa??? Memula tertengok berita di TV, pastu tertanya-tanya, apa kes plak nih yang  berlaku kt Mesir. Pastu dengan tanpa was2, balik kampung dengan gembiranya. Maklum la, cuti Tahun Baru Cina. Time nih la bole kumpul dgn adik2 beramai-ramai. Seperti biasa, sambil lepak-lepak tu, sambil tengok depa online FB + tengok drama terbaru Korea [wajib!! sbb ada tukang dok mendowndloadnya] ...

Aku : Eh..apa kes kat Mesir ek?? Huru-hara ja tengok berita tgh hari td..Tapi kak tengok gitu-gitu jer la..Tak fokus pun
Tika : Entah...dekka pun tak tau..Jap nak google..Tapi tengok kat FB kawan-kawan dekka tadi, Depa cakap rakyat mesir dok memberontak..Nak tukar pemimpin katanya..
Aku : Tengok FB??? Tapi awat FB kak xdak sapa2 pun updates pasal isu kt Mesir tu
Tika : La....kan kawan-kawan dekka ramai belajar kat sana. Tu yang bole tau, kalau tak, tak dak maknanya tahu pasal kes ni..Mebi kak xdak kawan-kawan yang belajaq kat sana kot.Tu sebab jadi cmtu..Tengok wall kawan dekka nih...[semua mata tertumpu pada wall tersebut]. Dia ni belajar kt Universiti Masora. Dah la jarang online..Semua orang risau kat keselamatan dia
Aku : Sungguh gak nooo..Lupa..kak memang xdak kawan2 blajaq kat sana pun [ mana nak ada..umur dah 28. Semua dah abis blajar]
Tirah : A'a..kawan-kawan adek pun ramai gak balajar kat sana. Depa cakap sana dah terok. Banyak rumah kena pecah masuk. Makanan xdak. Mesin ATM tak dak duit sebab kena pecah.Tambah-tambah lagi banduan semua dah terlepas dari penjara...
 Aku : Isk..sampai cmtu sekali nooo...sungguh menakutkan...

Hmm..nak ulas lebih-lebih pasal isu nih, aku pun tak cukup info. So apa kata jom kita skodeng blog orang lain..Contohnya seperti blog 1, blog 2, blog 3, blog 4....


p/s : Bersyukurnya jadi rakyat Malaysia.. Biasanya, bila sesebuah negara bergolak, sapa yang untung?? Pernah tak korang terfikir sapa dalang disebalik semua ini??? Ya, yang nak digulingkan itu, orang mereka, yang tunjuk perasaan pun orang mereka sendiri dan yang bakal pemimpin baru mereka pun orang mereka juga TAPI, pemimpin mereka sekrang ini pro siapa, Israel or Amerika?? Dan bakal penggantinya pun kena selidik juga..Dia pro siapa??? Ingatlah wahai umat Islam, musuh utama kira ialah diri kita sendiri.. Fikir-fikirkan lah..Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...