Tabung Yaddin

Friday, July 30, 2010

Insya'allah

Insya'allah..insya'allah...ya allah,berikanlah kekuatan kepadaku...kepadamu aku bermohon...tunjukkanlah jalan yang harus ku tujui...sesungguhnya aku tersangat-sangat BUNTU...Aku tersepit ditengah-tengah..aku tak pasti dengan perasaan sendiri..adakah ia hanya bisikan syaitan ataupun memang sebaliknya....ya allah,berikan lah petunjukMU kepadaku ya allah..ya ALLAH ,tunjukkanlah jalanMU ya ALLAH...Tunjukkanlah jalanNYA...AMIN




Lyrics: Insha ALLAH – Maher Zain (English Version)

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

sumber : clik disini

Thursday, July 29, 2010

Sedih


Hmmm...sejak dari malam tadi,saya rasa sedih sangat..tak tau pasaipa..tetiba rasa nak menangis ja..then pagi tadi saya text my mum n one of my friend...pastu dalam masa 5 minit, my mum call n i terus menangis since dengar suara mak...lama juga kami sembang,eh silap bukan kami...mak yang cakap banyak dari saya. Saya hanya diam dan menangis dan terus menangis..Until rite now, i'm feel so sad...i don't know y...haishhh..masalah problem juga nih...then saya pun google la sesuatu untuk selesaikan masalah yang sedang saya hadapi...n i felt like to share this kind of info to you all.... :)


Sumber Pertama

Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-

1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih.
2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..
6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga. Ni asyik-asyik pasal cinta tak direstui. Alahai..

Saya yakin situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri anda. Kadangkala ianya mampu memberikan impak yang tidak baik terhadap emosi kalau tidak dikawal. Mungkin beberapa cara ini sesuai untuk anda :

1. Luahkan masalah tersebut kepada rakan dipercayai atau pakar. Ia bukan perkara mudah (terutama pada si Zool) sebab bukan semua orang boleh dipercayai. Kesilapan meluahkan mampu menambahkan lebih masalah.
2. Menangis.. Biasanya kaum hawa akan menangis kalau perasaan sedih datang. Dengan tangisan mampu meredakan emosi yang bersarang dalam hati.
3. MengingatiNya.. Melakukan solat, membaca Al-Quran mampu memberikan ketenangan dalam hati..
4. Elakkan melayan perasaan dan lakukan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan situasi keseorangan yang mana perasaan sedih mudah wujud dalam diri.


Sumber kedua

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



p/s : hmmm...hati jadi tenang sikit dari tadi...esok pepagi nak pergi Batu 8, Changlun....

Wednesday, July 28, 2010

Peringatan untuk KAUM WANITA

(Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?.




sumber : clik kat sini

Ada apa dengan sekufu????



cincin.jpg






Hmm....ada la suatu malam tu, tak ingat bila tapi baru-baru nih la..i ada la borak-borak kosong dengan my housemate..Die tanya, "k.syud, kalau k.syud nak cari pasangan hidup kan, k.syud nak yang macam mana??? k.syud pentingkan calon SEKUFU ker calon muda banyak dari k.syud ker calon yang berumur????dalam banyak-banyak skop tu, i banyak berfikir tentang SEKUFU???apa maksud sebenar SUKUFU itu ek???


Filed under: Fiqh Perkahwinan

“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.

Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa

tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.

Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata.

Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia.

Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim!


sumber : Dr Hasanah



p/s : dah paham dah apa itu maksud SEKUFU... =)

Friday, July 23, 2010

Wahh...Tak Sabarnya Tunggu Hari Esok

Wahh...excitednya aku..tak sabar untuk tunggu hari esok....hehehehe...Bukan apa,esok ada plan baik punya dengan imah,fiza n emma...Esok kitorang join Tressure Hunt unjuran UnimaP...first time join nih..tu yang teruja gila....hahahaha...esok kalau sempat saya watkan entrynya yer...daaaaa....





p/S : Sume org aim RM100o nih..cmner nak buat???dgr citer cik midah juara 2x berturut-turut nih...haishhhh...tapi tak pa la..bak kata fiza,tak dapat RM1000 pun tak pa,janji dapat hadiah handphone....hahahahaha

Monday, July 19, 2010

Bukan saya yang BERTUNANG.....


Hmmm....last weekend kawan saya merangkap bestfriend dan roomate saya bertunang. kawan saya ni asal dari Taman Meru,Ipoh,Perak. Awal-awal pagi, 7.30 pagi sabtu lepas, saya,an,fiza n imah bergerak dari perlis ker Ipoh. Dalam kul 10 pagi kami sampai di rumahnya. Majlisnya simple sahaja tapi nice..siap berinai lagi ha...kalau tak silap saya nih memang adat orang perak kot sebab saya tengok ramai kawan2 saya dr perak BERINAI time bertunang..So..meh kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakam semasa majlis ini berlangsung sebab saya malas nak mengarang panjang-panjang, tak der idea lagi..


imah, husna, nida, syud


geng-geng Taman Firdaus & Ecah



Sesi amek gambar beramai-ramai...



Tengah tengok emma make up... =)



opppsss......Saya yg sengeh tanpa dikontrol....hahaha


En. An & Emma




Ita,emma, -aN & Fiza



Emma with her mother-in-law-to-be




Emma di tengah-tengah mini pelamin


Mini pelamin dan hantaran



~Cup cake~


~cokkies~



~The Cake~


p/s : ...Anyway, TAHNIAH emma...i doakan yang terbaik untuk u... =)

Alamak....Saya Di TAG!!!

Ok..saya telah diTAG oleh rakan saya, huda ...saya akan jawab sejujur-jujurnya (bole ker???soalan agak mencabar nih... ;) )


siapakah diri anda di rumah?
hmmm...sape ek saya di rumah???ok...kalau di rumah ( sg.tiang ) saya anak 1st..sorang kakak yg garang & kuat menangis.. (adik-adik selalu cakap ) ..anak solehah (hahaha..jangan muntah yer ) ...kalau di umh sewa plak, saya sorang tegas tapi bole dibawa berbincang..

siapakah diri anda di samping rakan?
hmm...mebi saya seorang yang suka ketawa dan senang di bawa berbincang...Then ada juga yang cakap saya nih mulut laser tp baik hati woooo...hahaha...pastu saya seorang yang tegas dan tetap pendirian..Then ramai yang suka berkongsi cerita dengan saya sebab saya suka bagi berkongsi pendapat,pandangan, dan cerita...



5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
1) mau ada perkejaan yang gajinya setimpal dgn usaha saya selama ini
2) mau bagi duit2 bulan2 pada mak n ayah - serius weh...saya sudah byk menghabiskan duit mereka.. :(
3) mau ada kereta sendiri
4) mau pergi melancong ke KOREA!!!
5) mau jumpa orang yang betul2 suka+terima diri saya seadanya


siapakah nama pasangan anda?
Hmmmm....nama apa ya??? Selagi belum akad nikah, Biarlah Rahsia sebab tak mau mengharapkan sesuatu yang tak pasti...Lagipun hati lelaki nih cepat berubah (FAKTA nih!!!)

ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
Aiyooo.... apa ek??? ok la...saya suka bila dia
1) senyum...nampak ikhlas gila
2) saya suka dengar dia ketawa..penuh perasaan dia ketawa...
3) saya suka mata dia yang bulat itu
4) sebut perkataan "KITA KENA JAGA PRESTAGE KITA" - memula dengar,poyo gila mamat nih...hahahaha
5) saya suka bila bergaduh sbb saya bole ckp direct dan pergaduhan itu dapat disetel dengan segera. Mudahnya berkomunikasi dgn dia....untuk masa sekarang la..akan datang, tak pasti...huhuhu

bila tarikh anda bercouple?
tak pernah declare pun


apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
selama kenal nih xdak lg kot sbb xsempat kenai betul2 pun lagi...huhuhu


apakah lagu tema cinta anda?
lagu tema ??? TIADA sbb kitaorang tak bencinta pun...


apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Perlu ker??? Saya sendiri pun tak cukup sempurna.. =)

tag rakan anda yang lain

- key are, nureen, -aN- , nana, su

Friday, July 2, 2010

Ada Apa Dengan Cinta????


Haishhh...(mengeluh dulu tu....kekekeke)...Macam-macam peristiwa yang dah berlaku akhir-akhir nih sampai aku tak terluah dengan kata-kata...sebabnya aku takut setiap perkataan yang keluar dari mulut aku akan di salah tafsirkan dan membawa maksud yang bertentangan..tapi apa yang pasti,sumuanya berlaku disebabkan satu persamaan iaitu cinta...cewahhh...CINTA wehhhhh...CINTAA!!!

Haishhhh....kalau orang tanya aku,hang pernah bercinta tak???jawapan aku, YA
Kalau orang tanya aku, hang pernah putus cinta tak??? jawapan aku, YA
Kalau orang tanya aku,sedih tak putus cinta???? jawapan aku, YA

wahhh...gitu...macam tak der perasaan plak kan bila aku jawab camtu padahal sumer tu soalan sensitifff bebb!!... tapi itu lah...soalan yang biasanya ditanya oleh kawan-kawan yang terdekat dan kadang kala tu aku berkongsi cerita dengan mereka-mereka yang pernah mengalami peristiwa sama sama macam aku...
tetiba aku teringat kata sesorang...Berani BERCINTA, Berani lah TANGGUNG risiko...dalam wooo maksud...dah tu...bila sesuatu telah berlaku,aku teringat plak kata sesorang nih...REALISTIK ok....cuba terima kenyataan. Buka mata besaq-besaq!!!!aduhhh....cakap senang arrr,aku yang nak hadapi nih yang sakit jiwa maaa!!! tu satu hal..Lepas tu aku teringat kata-kata yang diluahkan oleh mak seorang teman yang bersedih dengan musibah yang dihadapi oleh anaknya suatu ketika dulu, "syud...kalau bukan jodoh tu,bercinta lama-lama pun berakhir camtu saja sebab macam-macam masalah timbul tapi kalau dah jodoh tu, syud...kenal kejap jer tapi semua berjalan dengan lancar"...time tu aku dok telan air liur jer..tetiba macam kena batang hidung sendiri ja..tapi aku tetap maintain senyum padahal dalam otak nih dah serabut gilaaaa dok analisis apa yang mak cik tu cakap dan pada masa yang sama aku cuba yakinkan diri yang apa mak cik tu cakap tak betul...bodoh betul aku...bole fikir camtu...dok lawan cakap mak cik tu dalam diam sedangkan mak cik tu dalam lama hidup dari aku..haishhh.....

Memula aku macam samar-samar dengan ketiga-tiga kenyataan ini tapi masa merubah segala-galanya(yer la time tu aku muda belia lagi..umur baru 22 - 26 camtu la...time tu orang cakap pi la apa pun,sume tak betul..maklum la cinta punya pasal..hahahahaha)..Semakin lama,semakin aku faham dengan kata-kata tersebut...yang pasti,kita perlu realistik dengan apa yang berlaku...Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebabnya dan belajarlah untuk terima kenyataan yang dia bukan ciptakan untuk kita..Masa adalah pengubat segala kesakitan itu....PERCAYALAH...Yang pasti CINTA kepada ALLAH adalah HAKIKI...

Aku pernah tengok kawan aku yang tak jadi nikah pada hari pernikahannya..bebrapa jam sebelum upacara akad dan nikah berlangsung ,sesuatu telah berlaku...dan akhirnya tiada lafaz nikah yang diucapkan sebaliknya majlis tersebut telah bertukar menjadi majlis doa selamat dan arwah. Masa aku terima berita tu,aku macam tak percaya jer..ye la,bunyinya macam main-main kan????macam dalam drama melayu ja tapi hakikatnya betul...serius wehhh...memang peristiwa ini benar-benar berlaku!!!!

Kemudian aku penah tengok kawan aku kecewa kerana buah hatinya kawen dengan perempuan lain dan dia hanya mengetahuinya selepas seminggu itupun dari orang lain. Padahal time tu die dengan x-BF die tu xder pun break ker apa ker tup-tup mamat tu kawen dengan pompuan lain.Then kawan aku cakap patut la time tu x-bf die macam pelik sikit,call tak jawab..Kalau jawab pun,asyik cakap busy ja..memang busy pun ..busy dengan rancangan perkahwinan die dengan pompuan lainnn...hampeh punya laki...Bole ko buat anak orang macam tu tanpa ada sikit perasaan bersalah??? Ko tak rasa berdosa ker buat anak orang menangis kerana perbuatan ko??? At least ko cakap la yang ko bakal kawen ker...tak pun ko cakap la yang ko dah tawar hati dengan kawan aku tu ker.. Ko nih buat macam kawan aku bodoh bangang tunggu cinta ko yang no value tuuu!!!! Buat macam kawan aku tak bole fikir secara matang dan rasional plak...mamat tu kalau aku jumpa tengah jalan,mau langgar jer..menyusahkan kawan aku ja..cakap cinta konon...podahhh!!!!Macam tak percaya kan dan tak bole diterima akal kan???tapi itulah realitinya..itulah hakikat sebenar sebuah lagi episod CINTA..CINTA la konon-kononya...poyosss!!!...


Tapi alhamdulillah, masa pengubat segala kepedihan dan kekecewaaan..kawan-kawan aku telah beraya menghadapi dugaan yang ALLAH berikan kepada depa dengan tabahnya. Kini mereka berdua telah bahagia dengan kehidupan masing-masing...

Disebalik cerita sedih aku nih,aku nak bagitau bukan sumenyer berakhir dengan kisah duka...Ada jer yang bercinta,then kawen dengan orang mereka cintai. Sweet kan??? Yer la,setiap orang ada kisah masing-masing. Ini adalah sebahagian cerita realiti kehidupan yang berlaku sepanjang sejarah hidup aku nih..baru 27 tapi mak aiii..macam-macam cerita aku dengar dan aku hadapi sendiri.(...phewww..sambil merenung masa depan...lepas ni apa plak kisahnyer yer????huhuhuhu... :P )

So kepada sesiapa yang sedih sebab cinta tu...menangis la semahu-mahunya sekarang kerana tangisan itu adalah salah satu terapi jiwa. Dalam masa yang sama, muhasabah lah diri. Renung-renungkan semula kesilipan diri dan minta doa banyak-banyak pada ALLAH supaya segala kesedihan itu akan berlalu pergi. Jangan tanya or persoalkan kenapa semua ini berlaku walaupun kita telah menjaga hubungan itu dengan baik tapi berakhir dengan episod kesedihan dan jangan menyesal dengan apa yang berlaku setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk betulkan keadaan kerana semua yang berlaku adalah kehendakNYA. Dan jangan salahkan takdir kerana setiap yang berlaku tu pasti ada penyebabNYA..Sentiasalah bersangka BAIK dengan ALLAH kerana ALLAH sentiasa bersangka baik dengan kita...Renung-renungkan dan Selamat Befikir ...tQ...




p/s : hayatilah lagu ini.....bagus betul lirik lagu nih... =)

" Terputus cinta memang menyedihkan, harus diingat
bahawa perpisahan itu ditentukan jarak dan masa.
Kalau bersedih cinta terhalang dan tidak kesampaian,
anggaplah kesedihan itu seperti hujan.....
walau lebat atau lama sekali pun
pasti akan redha jua....... "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...