Tabung Yaddin

Saturday, July 26, 2014

[Segmen] : Pencarian Bloglist Raya By FeetriMahadzir.com



Assalamua'laikum & Salam sejahtera...
Sebelum tidor dan stand by untuk sahur pagi esok sempat lagi aku join segmen...
Aku terjumpa segmen ni masa blogwalking di blog cik fadzirazak

Disebabkan cara nk join semgment nih sangat mudah dan simple, so tengok kalender kt side bar..
Tarikh tutup 27/07/2014...arini baru 26/07/2014..join je la..memeriahkan suasana.. :)

[Segmen] : Pencarian Bloglist Raya By FeetriMahadzir.com



 Antara syarat-syarat yang dikenakan untuk join segmen ini ialah
===========================================






1. Follow blog FeetriMahadzir.com ..
2. Add To Circles Google + ..







3. Like Facebook Fanpage..
4. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist Raya By FeetriMahadzir.com.
5. Letakkan banner di atas & linkkan ke post ini.
6. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini.
7. Pemilihan berdasarkan random.org
8. Pencarian ini akan TAMAT 27 Julai 2014 & blogger yang berjaya akan di umunkan pada 2 Ogos 2014.


okkk...DONE... :)






Friday, July 25, 2014

Qaseh Gold Junior...Pengalaman i bagi Yaddin makan Qaseh Junior setelah 3 minggu


Assalamua'laikum dan Salam sejahtera..
================================

Pengalaman i setelah 3 minggu mengamalkan Qaseh Junior pada Yaddin... 
========================================================
1) Untuk dua minggu pertama..Yaddin suka sangat makan Qaseh tapi masalah timbul bila didapati Yaddin ilang selera makan..Pujuk makan, tapi dia tak nak makan..Tapi bila bg makan Qaseh, dia suka..
2) Dalam Masa 2 minggu tu, yaddin minum susu banyakkkk sangat...
3) Bila masuk minggu ke - 3 baru nampak perubahan...Dia mula mempunyai selera makan..Bayangkan bangun-bangun tido, lepas ambil Qaseh macam biasa, dia mintak nasi!!! Kelam kabut m0mmy masak nasi untuk yaddin..Dia makan banyak sangat..Happy tengok Yaddin suka makan semula..
4) Dia semakin aktif dan peka terhadap persekitarannya..







Kesimpulan...
===========
Disebabkan Qaseh junior ini adalah makanan sunnah, dan bukan ubat or penambah selera makan kanak-kanak, ia mengambil sedikit masa untuk bertindak balas dan serasi dengan badan pengamalnya kerana setiap badan kanak-kanak mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza..Yang penting jangan cepat give up dan teruskan berikhtiar yang terbaik untuk anak .. Tak salah kan kalau kita nak anak kita sihat dan bijik dengan mengamalkan makanan sunnah...tak rugi pun..anak kita...harta dunia dan akhirat... :)



Cara penggunaan Qaseh Gold Junior untuk baby yang batuk berkahak....
==========================================================
Qaseh Junior memang sesuai diamalkan untuk baby seawal usia 1 hari..
Ia merupakan campuruan makan sunnah yang diperkaya dengan
1) kurma
2) madu
3) Gam arab - berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan... Insha-allah..

Antara masalah kesihatan bayi & kanak-kanak yang dapat diatasi
====================================================
(1) Batuk (2) Selsema (3) Kahak (4) Asma (5) Ekzima dan lainn.. 


p/s : pada yang berminat nak dapat kan Qaseh Junior, bole PM i directly di 0125677569..

COD : Seluruh negeri Perlis, Changlon, Jitra, Alor Setar & Pendang..

Best Regards,
-m0mmy Yaddin- (",)



Best regards,

Thursday, July 24, 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014

Assalamualalikum & salam sejahtera

Lagi berapa hari lagi kita bakal menyambut Syawal dan Ramadhan bakal meninggalkan kita.
Kejap je masa berlalu...
Sebagai umat Islam, selain kita wajib menunaikan Rukun Islam yang ke-3, kita juga wajib
menunaikan Rukun Islam yang ke- 4 iaitu membayar zakat.. Lepas complete Rukun Islam yang ke- 4 nih insha-allah, 3/4 kewajipan kita sebagai umat Islam  sudahkan kita terlaksana tapi dengan syarat
Rukun Islam yang pertama dan kedua kena kena buat la..kalau tak sia-sia ja hidup sebagai Umat Islam..
Ringkasnya, mengikut fakta matematik, 5-1 = 0 ... hihihihi...menarik kan pengiraan ini... ;)


Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
=======================

Sumber : http://kemahilmu.blogspot.com/

Biasanya kaedah pembayaran zakat fitrah ini adalah berdasarkan sumber makanan asasi sesuatu negara or tempat. Untuk Malaysia, makanan asasi penduduk Malaysia adalah Nasi. Sumbernya adalah BERAS...

Kadar Fitrah
=========

Kadar fitrah yang perlu dibayar atau disedekahkan kepada fakir miskin ialah segantang = 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Berikut adalah kadar/jumlah bayaran zakat fitrah mengikut negeri masing-masing yang ditentukan oleh Pikah Berkuasa Agama Negeri- Negeri : -


Sumber : http://www.mysumber.com/


Niat Menbayar Zakat Fitrah
====================

Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
======================
Waktu menunaikan zakat fitrah  terbahagi kepada 5 iaitu :-

1) Waktu WAJIB - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari ke esokkan harinya.

2) Waktu Paling AFDAL - Sebelum sembahyang sunat hari raya.

3) Waktu Sunat -  Sepanjang bulan Ramadhan.

4) Waktu Makhruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal.

5) Waktu Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi WAJIB ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dikira qada. Sekiranya dilengahkan ataupun tak bayar langsung,  maka bertambah-tambah lah dosanyaaaaaa...


Akhir kata

sumber : http://hakaluka.blogspot.com/




Best regards,

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday - 25 Ramadhan


Assalamua'laimuk dan salam sejatera..

Biarlah gambar berbicara & menterjemahkan perasaan aku pada ketika waktu dan saat ini.
Dan perkara ini sentiasa berlaku pada perempuan hamil yang mempunyai masalah HB.. :(










Best regards,

Monday, July 21, 2014

Panduan Affiliate Percuma untuk newbie macam saya

Assalamua'alaikum

Hai semua...ada sapa2 kat sini kategori ada perasaan ingin tahu or ingin belajar sesuatu untuk menjana pendapatan pasif tanpa modal. Kategori baru nak belajar macam mana nak jana pendapatan melalui Affiliate. Apa itu affiliate?? Pada yang tahu tu ok la kan..Pada yang tak tahu or macam pernah dengar perkataan tu dan blurr..blurr... macam aku mula-mula dengar dulu mesti tertanya-tanya maksud affilate ni. Aku time tu punya la jakun dengar perkataan tu..siap google lagi cari maksud benda alah
affiliate nih. Di pendekkan cerita affilate nih macam promoter @ marketer la tapi promote produk kat internet. Antara produk yang selalunya dipromote ialah produk digital macam eBook..cd..and so on la.. Betul ke benda alah ini bole mendatangkan pendapatan pasif pada kita???

Jawapanya adalah betullllllll...serius tak tipu..aku pernah join satu affiliate program ini tahun lepas, 2013.Sekitar bulan jun - julai 2013 jugala tapi time tu aku tak fokus sangat coz aku tengah busy kt FB..Busy jadi dropship agen...hahahaha...Program yang aku masuk nih memang famous la tahun lepas, program Jobdirumah. Aku just buat promosi kat FB ja pasal program tu and tak buat review pun dalam blog nih. Saja jer nak test market time tu. Dalam pada aku buat promosi main terjah tu, tak sangka ada dapat komesyennn!!!! Seriusssss...happy gilaaaaaaaaa!!!...padahal komisyen tu RM20 ja pun..tp aku punya happy tu tak tau nak cakap macam mana..Punya la heaven!!! Cuba korang bayangkan orang yang dok buat promosi affliliate ni secara berterusan.. Memang masyuk laaaa....Tapi realitinya bukan senang nak dapat komisyen bagi yang newbie macam aku nih. Sekali tu je la aku dapat komesyen.  Lepastu nonnn adaaaa. Tapi at least aku dapat juga dari tak dapat langsung kann???? hihihihi... Puncanya kenapa sekali sahaja aku dapat komesyen???? Sebab time tu aku tak fokus,busy jaga anak yang baru nak membesar tu, jadi dropship agen kain cotton and shawl dan the latest aku join program tekno-usahawan..

Seee...aku memamg suka buat benda yang jauh melencong dari bidang aku..huhuhu.... But lately lepas program tekno-usahawan aku dah tamat dan tengah tunggu orang grant appove projek kami, kepala otak aku ni asyik dok pikir nak cari pasif income tanpa bawa modal. Godek punya godek info kat  tenet nih aku terjumpa la panduan affiliate percuma ini. Memang sangat-sangat sesuai untuk newbie macam aku untuk belajar secara serius bagai mana nak promosi program affiliate ni....serius weiiii.. seriussss....panduan ini memang PERCUMA !!!! Korang boleh dapatkan full data di sini ----> klik sini   . Untuk sesapa yang bercita-cita nak menajana pasif income melalui program affiliate ini, jangan lepaskan peluang iniiii...ilmu beb..ilmu..rugi kalau tak ambil peluang keemasan iniiiiii!!!!!

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dugaan, cabaran & peringatan daripada Allah kepada kita pada 10 hari terakhir bulan ramadhan, 17/07/2014 bersamaan 19 Ramadhan..

Malaysia dikejutkan dengan satu lagi siri tragedi pesawat, MH17 yang dikatakan besar kemungkinan dibedil dikawasan bergolak sempadan Ukaraine - Rusia

Serius sedih sangat..Memula tahu berita nih daripada hubby, sekitar jam 12 tgh malam.

Punya la terkejut sampai tak bole nak bagi feedback pd hubby..Kepala otak pikir macam-macam..

Dugaan untuk umat Islam dan juga Malaysia...Dengan isu GAZA belum selesai...diikuti pula dengan kes di Sabah..And now...peasawat MH17 tu... Dan paling menyedihkan tertengok mayat-mayat mangsa bergelimpangan di sana sini..Sungguuhhhhh tersenntttuuuuhhhh...



Tweet daripada PM mengenai pesawat MH17


Dan ini pula video yang dirakam dari tempat kejadian




p/s : masih lagi speechless dengan situasi MH17. Takziah & al- fatihah untuk keluarga terlibat.
Sesungguhnya mati itu pasti...

Friday, July 11, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80






Assalamua'laikum...
Disebabkan aku dah lama menyepi dr dunia blog ni, di kesempatan pagi 13 Ramadhan yang berkat dan jatuh pada hari ini, Jumaat, aku decide nak join gateway Ihya' Ramadhan | Giveaway By Ummudd80 | ini..manalah tau kot2 ada rezeki untuk menang ke.. =) .. Hadiahnya pun menarikkkkk & masyukkkk...jom la reramai join GA nih.sempat lagi kalau korang nak join
nih aku sertakan tarikh penting untuk join GA nih

Tarik Mula : 4 Julai 2014 

Tarikh Tutup : 21 Julai 2014
Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014.


 nak tahu apa hadiahnya??? sila lawati page sis  Ummudd80 

Sekian, wassalam...



Salam Ramadhan 2014

Assalamualaikumm...waahhh..dah masuk setahun aku tak update blog..
aku ada jer cuma tak berkesempatan nk update blog..

Anyway..rasanya tak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat Islam di Malaysia khasnya..cewahhhh...macam ada je yang baca blog aku nih..hihihihi



Nak ikut aku rajin je skodeng blog orang cuma aku tak sempat nak update blog sendiri je..busy buat apa pun aku tak tahu..pelik kannn...orang lain bole je update blog hari-hari..tapi aku tak pulak dok kat umah jer hari-hari. Al -maklum la, surirumah zaman morden (aku master holder microelectronic engineering in research ok...oppsss bulan2 posa nih teriak plak.maaf yer pada yang menyampah dengan ayat tu.. :P...hihihi... ;)) Nanti aku cerita apa yang aku buat kat rumah selama setahu lebih nih n mcm best je kan jadi surirumah ni....

ok...hari nih dah 13 ramadhan, so apa kata kita tgk :-


Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.
AWAS !!!
Apa yang ditulis kat atas tu sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.
Dan di sini aku bagi link yang disetakan oleh penulis mengenai pendapat dari website JAIS dan juga Mufti Negeri Terengganu tentang hadis palsu yang berkaitan dengan kelebihan / fadhilat solat terawih ini. Klik SINI: Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan untuk bacaan lanjut.


copy paste from ciktom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...