Tabung Yaddin

Monday, December 6, 2010

Tahniah!!!!


 
Syukur alhamdulillah...aku happy sangat- sangat!!!...Bukan apa pun.. Sebenarnya aku tumpang gembira atas kejayaan adik lelaki aku nih. Mebi pada orang lain tawaran tersebut xder la bermakna sangat but for us, it's very meaningfull..Aku ingat lagi time abang datang interview SLAB UniMAP hari tu [hujung bulan 10 kot kalau tak silap aku]..Abis ja interview, dia call aku, dr suaranya, macam sedih ja bunyi. Pastu kami janji jumpa kt Chiken Kiosk tu. Time tu hujan lebat . Kami pun sembang-sembang pasal interview tu..Dari ceritanya, dia macam tak yakin ja dapat SLAB tu.. Aku sebagai kakaknya cuba tenangkan dia. Aku cakap, insya'allah, kalau rezeki abang, mesti dapatnya..Kakak yakin dengan abang!! Pastu aku agak tersentuh dengan kata-kata adik aku "Kak, jangan lupa doa lepas semayang ek..doa semoga abang dapat SLAB tu. Kalau abang dapat, bole abang support kak sikit-sikit dari belakang..Tak der la dok bergantung sume kat mak & ayah" ..Akhirnya, petang tadi around pukul 2, 6 Disember 2010, allah makbulkan doa kami sekeluarga...Abang, TAHNIAH!!! kakak bangga sangat dengan abang!!! Bukan senang nak dapat tawaran tu..Akhirnya abang dapat kerja dulu dari kakak..tp xper, jangan lupa perjanjian kita tau!!!  =))
 
 
p/s : aku sorang ja xtak tentu lagi nak kerja apa....sob..sob..sob

Wednesday, December 1, 2010

Bulan terakhir 2010

1 December 2010, dah nak abis tahun 2010...my achievement????  :| ... Rasa sangat2 down dengan diri sendiri. masih berada di tahap yang sama..di mana silapnya??? adakah jalan yang dipilih ini salah???

Tuesday, November 23, 2010

Shut Up !!!

Lately xdak mood nak mengarang....so..better blogwalking jer n selebihnya shut up!!! =)



p/s : mak aiii...dah nak sampai penghujung tahun 2010..cepatnya masa berlalu.....tapi aku???? huhuhu

Tuesday, November 2, 2010

Banjir oh Banjir !!!

Seperti yang korang semua sedia ketahui, Kangar di landa banjir teruk untuk kali  ke-2 [ bagi aku la sebab ni adalah kali ke-2 aku tau bumi Perlis nih kena banjir truk].. First banjir teruk dulu ialah sekitar bulan 12 tahun 2005..Time tu cuti semester..aku ingat peristiwa itu...huhu.. Pada mulanya aku, Emma n Husna memang tak budget yang kawasan rumah kami akan naik air..So malam tadi kami seperti biasa lepak-lepak dalam bilik sambil gelak-gelak dok dengar cerita masing-masing tapi pada masa yang sama dalam hati ni terselit rasa cuak juga sebab hujan turun tanpa henti-henti since hari ahad, 31/11/2010. Kemudian, sekitar jam 1 pagi, tetiba kami sume terdengarsatu pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Penerangan mengatakan kawasan perumahan kami terletak dalam kawasan berjaga-jaga dan air dijangka naik 1 meter sekitar jam 5 pagi. Serius, time tu kami sume menggelabah. yer la..masing-masing 1st time menghadapi situasi ini. Masing-masing tak tahu nak buat apa and tak tahu nak kemas barang apa. Hmm..ok la,aku malas nak cerita panjang-panjang. Korang layan jer la gambar-gambar kt bawah nih..layannnnn


Kenderaan yg glamour buat masa nih kat kawasan Kangar....


Ni gambar Balai Polis, Kangar..Area Putra Palace.. [ Pija, K.Syud copy gambar nih dari FB pijah]


Ni depan Putera Palace...hahaha...gambar Pija terselit di sini ya... :P [also K.syud copy gambar nih dr FB pija]



Ok..ni gambar sekitar OTW ker Taman Firdaus..Kat area Pasar borong, Kangar..Serius,air naik gila-gila.


Ni plak entrance ker kawasan rumah sewa aku sekitar jam 2.00 ptg. Agak terkejut juga la tengok air naik tahap nih sebab pagi tadi, sekitar pulul 4.30 pagi, kawasan nih ok lagi. Air belum naik masa tu..


Husna dengan muka cuaknya


Seliper-seliper yang sedang berenang!!!

Emma : Syud, cepat!!!! selamatkan seliper-seliper kita...
Syud : Jap..jap..amek gambar dulu..bahan bukti nih.. :P


Konon-konon muka kasian la...padahal time nih rasa cuak gila sebab 1st time hadapi situasi ini..

Pasaraya Hafifah yang hampir separuh ditenggelami air...

Depan pasaraya Hafifah, Kangar
p/s : rasa bersyukur kerana rumah sewa kami tak di tenggelami air dengan teruk berbanding rumah orang lain.  Camner la  En. Ramzan sekeluarga..dah la wife die baru bersalin.Harap-harap sume selamat hendakNYA.Taman Sena teruk dilanda banjir..

Friday, October 22, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan ORANG yang SALAH ????

Saja jer..tak dak pa per yang memarik pun. Cuma nak berkongsi bahan bacaan yang aku terbaca.. Sangat-sangat menarik..Membuatkan aku terfikir ada benarnya disebalik sume ini...hehehe...So, jom kita sesama membacanyer ...


Sumber : click sini


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Thursday, October 21, 2010

Selagi Ada Waktu

Sebelum korang sumer fikir bukan-bukan, aku nak bagtau awal-awal..Entri ni bukan nak sambung cerita entri yang lepas. Nih mood ceria seketika...wakakakaka...aku terdengar lagu tu dari sorang budak kecik yang aku beselisih kat sebuah pasaraya kat kangaq nih ha..Masa dengar tu, comel plak rasa budak tu nyanyikan. Then aku pun menggunakan khidmat encik google n encik youtube untuk cari lagu nih. Serius, lagu nih memang best sebab Lan Kristal yang nyanyi. Aku suka dengar suara die..best..!!





Ni plak penyannyi dan penulis lagu sebenar lagu nih, nickname die PAK LONG. Suara p.long nih pun best juga...layannnn...





p/s : tapi aku suka KRISTAL nyanyi lagu nih sebab rentaknya ROCK sikit n suara Lan sangat-sangat best...n untuk pengetahuan sume, Tajuk lagu nih Selagi Ada Rindu...tapi aku letak Selagi Ada Waktu...Aci tak????hahahaha

MOOD yang TAK STABIL

Serius...sepanjang bulan Oktober nih, mood aku berubah mengikut minggu. Haishhh...Awal minggu tu macam best2 jer tapi dalam hati tu ada juga terdetik, seronok la sangat kang nanti sedih plak..Tengok-tengok apa yang terdetik kat dalam ati tu memang betul-betul berlaku..haishhh... 

Masa zaman kanak-kanak n remaja dulu tak pernah pun terfikir akan melalui sumer-sumer cabaran, dugaan dan halangan yang sebegini rupa.  Time tu rasa life macam senang jer.. Tak fikir apa pun. Yang tahu nak gembira jer...nak makan apa...Mintak duit kat parent nak beli apa..pastu pergi sekolah n balik sekolah. Jumpa kawan-kawan yang best-best sumernyer tapi antara sume kawan-kawan, kawan-kawan masa skolah rendah la yang paling best...Diorang memang TERBAIK arrr...

Kenangan yang tak bole lupa dengan diorang nih ialah pi cari hantu kat rumah pegawai klinik kesihatan yang dah lama takdak penghuni tu..Yang syoqnya, pi cari hantu siang-siang hari dan tengah hari rembang plak tu..LAWAK sungguh..Dah tau hantu keluar malam-malam, kami plak gagah pi cari hantu siang-siang hari.. Bengong betul !!!  tapi kenangan tu memang tak bole nak lupa la..Bila time raya, mula la masing-masing dok gelak dok ingat cerita lama tapi itu dulu la.

Inilah kawan-kawan aku masa sekolah rendah tu. Tp nih hanya sebahagian jer. Geng laki-laki yang nakal tak dak..Muka aku muda belia gi time..kekeke..weii..Dini, aku amek gambar nih kat Fb hang... :P


 Lately, ramai dah yang kawen, so susah juga la nak kumpul semula kawan-kawan tapi raya tahun nih sempat juga kumpul. Memang sangat-sangat best time tu. tak der pun nak fikir hal-hal remeh yang menyerabutkan kepala...Itu cerita zaman kanak-kanak dan zaman remaja.

 Bila difikir semula, wah selama 27 tahun nih, dah banyak dugaan yang aku hadapi. macam tak caya jer sempat aku bole lalui sumer-sumer pengalaman tu...


p/s : malas nak sambung menulis sebab emosi tak stabil...nanti sambung balik...huhuhu

Tuesday, October 19, 2010

Do i care????

Do i care??? opsss....walaupun blog sendiri, nampak gayanya aku tak bole tulis sesuka hati kerana ada mata-mata yang rajin memberi komen-komen yang membina kepada aku..Kang silap tulis dituduh sebagai mengumpat dan sewaktu dengannya....haishhhh...lantak la weiii...aku penat la fikir pasal makhluk allah itu. Terpulang kat ko . bye.nite. Wassalam




p/s : tengah serabut and susah hati memikirkan beberapa perkara....What should i do????

Monday, October 18, 2010

Minggu Lepas yang macam- macam cerita

wahh...tajuk entry mcm best jer kan????hahaha...betul, minggu lepas, macam-macam cerita berlaku since Sabtu - 9/10/2010 until  Ahad -1710/2010...(*sigh*)...mengeluh??? yer arr...sebab sume yg berlaku tu unexpected la..apa ceritanya ya??


Sabtu (9/10/2010)
- dari malamnya lagi hati berbelah bagi samada nak balik or tak..tp tak dapat wat keputusan dengan tepat sebab dok fikir macam-macam benda.
- paginyer...siap awal dan kemas-kemas bag..packing apa ygang patut tapi still sure lagi nak balik ker tak. then join emma and -aN- meronggeng ker Alor Setar. Sesampai jer kat AS, tetiba my mum text me n automaticly, sah..memang wajib balik kg petang tu juga.mujur dah packing bag awal-awal.
- Petangnyer sampai kampung lepak jap kat rumah tok. Sekali kena ambush dengan abang sepupu. soalan memang direct la..tepat ke batang hidung.Tak tertepis dibuatnya. Kelu dan aku hanya mampu tersengeh sahaja.. Then jumpa kazen aku yang sebaya..Up dates cerita terbaru dengan expressnya sebab tak cukup masa dan banyak gangguan. Then my parent amek i kt umh tok dan terus balik umh. 
- malamnya masih belum sempat berbincang apa-apa pun dengan my mum..huhuhu


Ahad (10/10/2010)
- wah...tarikh cantik...ramai yang kawen pada tarikh ni termasuklah Angkasawan kita..dan pada tarikh nih jugalah berlakunya kemalangan ngeri kt Melaka yang mengorbankan 12 nyawa!!!Serius, sangat-sangat ngeriii!!!...Walaupun hanya dengar mengenai berita tersebut kt Buletin Utama sudah cukup mampu buat air mata ini mengalir.
- Petang tu bincang-bincang sekejap dengan my mum dan akhirnya masalah pun selesai. Untuk time tu jer la. masa-masa ke depan tak pasti lagi. Sambil bincang-bincang dok tunggu la kawan aku yang janji nak mai rumah. Tapi..HAMPEH!!!! tahap kesabaran menjadi nipis sebab janji tak ditepati. kalau hampa suma jadi aku, hampa bengang tak?? janji kata nak mai pagi..tunggu la dari pagi. tak sampai-sampai pun. tunggu plak tengah hari..tak sampai juga. tunggu petang, bole plak depa  kata tak jadi mai..aku memang bengang giler arrr...Bengang la sebab aku dah bgtau mak aku.mak aku siap masak untuk depa lagi ha.. Kalau tak bagitau my mum, aku tak kisah g...Then aku malas cakap banyak, aku terus call dia dan cakap," lantak hang la weiii...aku tak percaya dah dengan JANJI-JANJI hang!! BOSAN. Cakap macam keling".. Bukan apa, aku malu dan segan kat mak aku sebab dia susah-susah payah masak untuk kawan aku tu...Apa perasaan korang bila ada orang berjanji dengan kita, then last minute cancel cmtu jer..Sakit hati tak??? Bengang tak???Kalau bagi alasan yang kukuh ok gak nih alasan yang aku tak bole terima langsung!!..Then time tu baru la dia sebok-sebok nak tepon mintak maaf. Sori, aku malas layan panggilan murahan hang tu..Agaknya dia rasa bersalah, then dia pun cuba nasib dan call aku lagi. Time tu aku dah cool sikit dan jawab ala-ala kadar jer..Akhirnya, malam tu dia sampai gak kat rumah aku yang kat dalam HUTAN tu!! Fuhhh....Penat aku dengan kisah hari ahad itu...


Isnin (11/10/2010) - Khamis (14/10/2010)
- Hari-hari tersebut berjalan dengan rutin-rutin aku seperti biasa. Pergi lab, balik lab..tapi cuaca minggu tu agak muram ja..Bole dikatakan setiap hari hujan turun
- Rabu tu, bermula la hari yang menyerabutkan hidup aku. Aku buka FB then ada pertambahan manusia yg merequest untuk jadi friends aku. Isk..macam pernah tengok jer nick minah nih..Tapi aku tak kenal die pun dan aku tak amek port pun pasal komen-komen dia kt wall one of my friend. lantak hang la. Ada aku kisah??? Tapi wondering la juga kenapa minah tu nak add aku. Then aku appove jer la padahal dalam hati tau dah apa motif die...tapi tak pa la..kita tengok dulu rentak die camner...
- Khamis tu  besday adik aku yang bongsu..aku hanya mampu wish jer kt die. Nak beli hadiah mahal-mahal tak mampu sebab aku tersangatlah berduit time nih...hahahahaha...Tengah hari tu aku makan dengan adik aku yang no.2 tu..Dia mai perlis sebab ada interview SLAB UniMAP..Aku doakan semoga Allah murahkan rezeki dia. Amin
- Malam tu, aku dapat sms dari kawan aku tu..dok tanya pasal minah tu..Aku nak gelak pun ada. Macam budak-budak sekolah menengah pun ada tapi aku tak gelak la..Just dengar cerita beliau satu persatu. Pening aku. Tetiba aku bole terlibat sekali dengan masalah yang bukan masalah sangat pun.. Then dok sat, aku pun sent la msj kt minah tu tanya apa yang berlaku.pastu minah tu dok cerita la macam-macam. Aku pun dengar jer la. yang bestnyer, minah bercerita macam-macam pasal kawan aku ni. 
- Antara soalan-soalan kontroversi minah ni dengan aku :

aku : hi...are u muslim????

Miss N : yup..assamualaikum

aku : w'salam..hahaha..what's going on yer????

Miss N : dont know..so u bkn tunang XXX

aku : yup..kenapa???u suke die ek????


Miss N :betul??? yup

Aku : so???? what can i do for u???

Miss N : nothing u can do dear..juz wanna confrim whether u r his tunang or not..juz hate the feeling of being lie to someone

Aku :i rasa die tak tipu u la..

...
...
...

yang lain-lain tu tak yah aku publish kat sini. Macam budak-budak plak aku rasa. Pasal chatting dgn die, aku tak kisah lagi..tapi yang lawaknya, lepas die chat dengan aku and skodeng sume gambar-gambar aku yang tak HOT and fabalous macam gambar2 dia kat FB tu, dia bole plak remove aku dari friend list die dan kemudian add aku semula ..What the hell??? Weii...apa masalah minah nih??? Tapi sebelum dia remove aku tu, aku pun sempat la tengok friend list die...kawan-kawan dia ada around 1k++ la so mebi die rasa dia hot and tip top condition kot...ada aku kisah???????  




Jumaat (15/10/2010) 
- pc aku wat hal pulak!!! rupa-rupanyer monitor aku rosak.sedih. Maaf yer, aku tak mampu nak beli laptop lagi..Sian kan kat aku??? 
- Pastu aku dah rasa suam-suam, macam nak demam jer..tapi cepat2 aku makan ubat. Tak nak sakit yer. Tak suke!!

Sabtu (16/10/2010) 
-aku jadi committe IPCE 2010 kat pauh..main campus. aduh, hujung minggu kena bagun awal. Malasnya!!!

Ahad (17/10/2010)
-hari paling bosan. Dok rumah sorang-sorang. tapi malam tu kuar g Bertam jap. Teman kawan aku antar adik dia balik hostel. Sesampai jer kt umh, kawan aku tanya, emma excident ker??? Aku terpinga-pinga..Bila masa emma excident??? Aku pun terus tengok keta emma. Masya'allah..apa dah berlaku???
Aku terus masuk dalam rumah dan cari emma. tapi emma tak der..Die tengah gayut dengan ibu. Aku tunggu punya tunggu emma, last-last aku tertidur macam tu saja.

Isnin ( 18/10/2010)
- dah update sume cerita minggu lepas.

N

Thursday, October 14, 2010

Lain yang dirancang, lain plak yang jadinya

BOSAN!!!....FED UP!!! ...sedih pun ada..kecewa??? ada la sikit-sikit.. tapi biasa la...dah biasa sangat dengan keadaan dan situasi kt sini...Dah faham sesangat..tp bila pikir punya pikir...congak punya congak, tidak dapat tidak, terpkasa juga hadapi..terpaksa juga pujuk hati..nak buat camner, ini jalan yang aku pilih...huhuhu..nak salah kan takdir pun tak bole sebab sume sudah tertulis..So, tabahkan hati la...sikit jer lagi..hadapi jer kerenah manusia di sekeliling..aku pun tak perfect juga...huhuhu
Harap-harap esok dapat bangun awal coz esok terpaksa berebut lagi guna benda alah tu. Sedih betul!!!...Kerja dah tertangguh banyak nih gara-gara sume orang berebut nak guna RIE..apa itu RIE??? cari sendiri loooo... Yang jadi masalahnyer, RIE tu hanya bole digunakan bila dapat kebenaran juruteknik bertauliah..Kalau dia cuti or dia banyak kerja, alamatnya...jadi macam hari nih la...Semalam orang lain guna..Nak up mesin tu pun dah amek masa..Pastu bila sorang target nak run 4-5 sample pun dah amek masa setengah hari..tu belum kira benda alah tu "hang" lagi...hahahaha...maklum la, mesin hi-tech la katakan, bila guna lama-lama, dia pun "weng" juga..macam manusia juga. Tahu mogok!...so sekarang nih nak salahkan sapa bila kerja aku tak siap??? xper la...nak wat camner...sabaq....


p/s : Jelesnyer tengok Imah dah siap writing... T_T

Wednesday, October 6, 2010

Kalau Berpacaran

Hujan-hujan nih syok juga layan lagu yg sempoi macam ni. Lagipun liriknyer sangat bagus, penuh dengan unsur nasihat..Sekali dengar, terus jatuh hati ... ;) 

Liriknyer saya dapat dari link nih

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


ok nih video clip lagunya..

Dikala MODE BOSAN tapi kerja bayak .....

Okay, this task have been tagged by huda,
memandangkan saya bosan n serabut tahap gaban, so saya pun dengan rajinnyer menjawab soalan-soalan tersebut...hahaha.

mase : 12.35 PM
hari: Rabu, 6-Oct-2010 


- Name one person who made u laugh last night?
Sapa ek??? hmmm.... U kot sebab dengan dia jer saya akan sentiasa gelak walau dalam apa jua bentuk mood...hahahaha 

- What were u doing 1 hour ago?
dok mengatur jadual tp akhirnya tak jadi sebab petang nih ada meeting dgn bursary committe kt SERIAB..

- What was da last thing you said out loud?
"kak tetap akan berkira dengan orang yang berkira dengan kak", 

- Where's da next place you're going to?
Jitramall, tengok MAGIKA dengan aN n emma

- What was da last thing u paid for?
Nasi putih + pad pet ayam = RM4.70 <----- buka posa loo..ari nih last day posa 6!!

- Where were u last nite?
at home...tgk tv sambil gayut tepon jap sambil chatting n  sambil dok susun draf thesis... huhuhu

- What's da best ice-cream flavour?
saya suka perasa coklat + badam or hazel nut....yummm...yummm...sedap!!

- Do u wanna cut your hair?
Dah selamat pun dipotong dua tiga hari selepas Aidil Fitri hari tu..Potong secara berjemaah!! Mak belanja!!! :D

- Do u love to 'melatah'?
oh tidak!

- If that so(melatah), what will u said out loud?
hmmm.....apa ek??? mebi OMG ....aci tak???? hahahaha

- What does da last text-msg received say?
"Pastu??" - at 22.38 PM

- Will u get married in da future?
insyaAllah, kalo ade jodoh...=)

- Do u chew on your straw?
erk???? pelik la...ada plak wat camtu..tak senonoh betul!!

- Do u make-up your own words?
no....just main blasah sesuka hati jer....tgk keadaan la... 

- Is there anyone u like/love right now?
hahaha...nih soalan yang bes nih...hmm...ADA KOT!!! kekekeke....mesti la my famili members... ;)

- Tag to other 5 bloggers/more

Wednesday, September 29, 2010

TERSENTAP weiiiiii!!!!

" org lelaki ni mesin pemusnah.. perempuan.. dpt je.. musnah kan... bru layan bro... x yah dok jiwang2 mcm hampeessss toi"  <------- Serius weiii...aku tersentap bila baca comment nih kt wall FB one of my friends.. memang..mungkin penulis itu just nak bergurau tapi perlu ker dia anggap PEREMPUAN macam tu walhal dia dah kawen pun..dah ada anak pun..kalau wife die baca, agak-agak wife die tersentap macam aku tak??? hebat sangat ker LAKI-LAKI ini??? 

Thursday, September 23, 2010

TAKZIAH

Takziah buat kawanku...Nasihatku, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Sabar..Allah menguji hang sebab ALLAH tahu hang mampu hadapi dugaan ini. Walaupun aku bukanlah kawan baik hang, tapi aku turut simpati dengan musibah yg berlaku ke atas diri hang dan keluarga hang..Mungkin perkataan sabar itu mudah untuk dilafazkan tapi aku tau, hanya mereka yang TERPILIH saja mampu mengharungi dugaan ini...itu sahaja yang mampu aku doakan untuk hang...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...



" Ya ALLAH... Ya Tuhan Kami, Jauhi lah aku dan rakan-rakanku dari mengulangi kekhilafan sahabat kami... tentukanlah kami jodoh yang benar.. yang tulus... yang ikhlas.. yang dapat menerima kami seadannya segala kekurangan kami.... dan jauhilah kami dari perkara2 yang boleh memalukan kami serta keluarga kami samada malu itu datangnya dari pihak kami atau sebaliknya... dan bahagikanlah kami di dunia dan di akhirat seperti mana org2 yang ingin ENGKAU bahagiakan... amiin ya robbal alamin..."

Saturday, September 18, 2010

Salam Aidil Fitri....versi 2010

Wahhh...cepatnyer masa berlalu..Dah masuk bulan syawal pun.. Tapi alhamdulillah, tahun nih aku happy sangat-sangat compared to tahun lepas..syukur, alhamdulillah... Sempat balik berbuka puasa dengan parent kat kampung. Then sempat lagi shopping dengan adik beradik kat Giant Aloq Setaq minggu lepas...Time shopping nih pening gak la sebab aku ada ramai adik pompuan. Sume nak melaram ja kerjanya.. Bila tanya, nak tudung macam mana??? Dia tanya kita balik..kak rasa yang mana cantik??? Haishh...rasa bengang pun ada..mula suara aku nak kuat...tapi mujuq la sempat  cover suara...hihihihi...Tak cukup dgn shopping kt Giant Alor Setar, kami p shopping kt Queensbay plak. Perabeh duih sungguh raya nih tp mujurlah masih terkawal... ;) ..
Lagi...nak tulis apa lagi ek??? Hmm..raya tahun ni gambar aku tak bayak sangat sebab aku TERmenjadi orang penting sebab sedara mara sebelah mak aku mai beraya kat umh..Penat giler!!! Pendek kata, aku banyak habiskan masa kat dapur la...cewah, bunyi macam aku rajiiin gilerrrr, padahal basuh pinggan ja pun..wakakakaka.. tp apa-apa pun raya nih menang sangat-sangat happy sebab dapat berjumpa kazen-kazen, sedara mara mak dan ayah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang dah lama gileeerrr tak jumpa. Maklum la, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Hmmm...rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI... MAAF ZAHIR & BATIN pada sume kawan-kawan dan sesapa saja yang mengunjungi blog nih.... kira  0 - 0 la yer...Bye!!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir & Batin... (Edit gambar sendiri...terlebih  sengeh sudah...tak der gambar lain kecuali gambar nih jer yang pakai baju kurung..nih la akibatnya bila suka sangat  jarang pakai baju kurung...










Thursday, August 26, 2010

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Hmmm...saya tergerak hati untuk berkongsi maklumat mengenai Lagu Alejandro by Lady Gaga..yer la..lady gaga kan...saper yg tak kenal..Baru-baru nih pun saya ada juga terdegar lagu Alejandro kt radio..Dengar gitu-gitu jer la..Tak amek port sangat..Tapi setelah saya terjumpa dan terbaca petikan ini dari------> note FB Farah Salwa Adnan nih, saya rasa terpanggil untuk kongsi pandangan belia..Tak salah kan kalau kita berkongsi ilmu tentang perkara yang baik...so...ikutilah artikel ini sepenuhnya...


Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;)

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...