Tabung Yaddin

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ





Nak join sila click sini


Hadiah yang bakal dimenangi

Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)

Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)

Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)

Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)

Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)

5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10

PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG. 




Menarik bukan??? ;) 

Sah.. Ashraf Muslim Kahwin lain / Berpoligami

Ya, berita ini adalah berita betul dan itulah yang aku baca kat BeatifulNara. Berita lanjut bole baca kt KOSMO or kat blog-blog gosip lain. Tetiba sedih plak aku rasa bagi pihak wife dia, Diyana tu..No...no..aku tak mementang poligami tapi kenapa dia perlu bernikah kat Thailand??? Kata nak jaga hati banyak pihak tapi sekarang nih dah jadi macam mana???Jangan nak salahkan takdir ok..


Aku bukan pertikaikan tapi kenapa dia buat camtu?? Kenapa dia tak buat macam UAI tu. Senang, tak dak sapa nak pertikai bukan-bukan. Adil pun adil coz isteri pertama dan kedua UAI ada sekali masa majlis perkawinan yang ketiga beliau. Now, hati sapa yang perlu dijaga or berapa banyak hati yang telah kau sakiti??? Entah la... :( .. 

Tapi aku yakin, Diyana mesti tabah walaupun susah nak redha juga sebenarnya. Dia muda banyak dari aku. Tak per Diyana, saya suka cara awak berdiam diri. Berdiam itu adalah lebih baik dari mencari publisiti murahan. Allah uji awk dengan ujian ini kerana Allah tahu awak mampu mengatasinya. Percayalah, ramai yang menyokong anda dibelakang anda.


p/s : Perkahwinan bukan perkara yang mudah ok...

Sunday, July 14, 2013

"Double Trouble Giveaway 2013 by SPB & SyahirahFS "






Double Trouble Giveaway 2013 by Syan Punya Belog & SyahirahFS.





Klik banner untuk JOIN!







Di Sponsor oleh :



Liz Amon Collection , Abylla Studio , Saljiah Craft, Dressuana , Pen drive Comel , Hijab Pilihan, Legasi Niaga Anak Bajau , Тυ ʇɥǝ sɥod , butikpinkku , Kain Pasang Online Shop, Handmade bag/ Craft CT n Honey , Sya's Craft , Kedai Cetak Cenderahati , ShawlToLove , Its Meyous, My Bawal Project, Insyiraah Collection , Nur Be'lla Collection, Hijab Hanan Humairah , Anis Shahira, Cap Ayam Brand- Janji ORI , Nadratul Syazwana , Shadira , Nadira Kushari , Nasuha , Geekin' Beat , Azwar Syuhada, Thianis Fashion Lab , Be.You.tiful .





++100 HADIAH UNTUK DIMENANGI!!







GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


2nd Mini Giveaway by Y.E.A =)

Tarikh berlangsung
16 Jun 2013-16 Julai 2013

-2nd Mini Giveaway by Y.E.A =)-



Terima kasih kepada para sponsor yang baik hati :

Hadiah Menarik untuk Giveaway kali ini :
  • 1 set barangan Angry bird *Sponsor by Elma
    (1 porch beg + 3 mini Angry bird : putih , hitam , merah )
  • Cute Mini Accessories *Sponsor by Elma
    ( 2 hairclips + 5 mini brooch )
  • The Bride Teddy Bear with cute wedding dress *Sponsor by Elma
  • T-shirt Converse *Sponsor by Elma
    ( Saiz L )
  • Topup RM5 x 2 *Sponsor by Elma
  • 1 Note Book *Sponsor by Syara
  • 1 Satin Abstract Shawl *Sponsor by Fie-Lieyya Dreams Online Shop
  • 1 Skirt Stylista *Sponsor by Nur Be'lla Collection
  • Baucer belian RM8 x 2 *Sponsor by Kedai Cetak Cenderahati NZ Harmoni
  • Badge design nama sendiri x 10 *Sponsor by Pretty Little Badges
  • 1 Twinniey Pillow *Sponsor by Arasera Crushiess
  • 1 Cutty Pillow *Sponsor by Arasera Crushiess
  • Tasbih digital x 4 *Sponsor by Kedai Serbaneka Kelantan
  • Baucer belian RM5 x 3 *Sponsor by ShawlsToLove
  • Felt Bookmark x 2 *Sponsor by Cik Mun
  • Shawl Cotton/Chiffon x 2 *Sponsor by LUV hijab
  • Baucer belian RM8 x 5 *Sponsor by Xara Xandra Boutique
  • Rasha Chiffon Shawl x 3 *Sponsor by My Bawal Project
  • Bloglist x 3 di blog Arni *Sponsor by Arni
  • Header Blog x 3 *Sponsor by Arni
  • Instant Hijab x 3 *Sponsor by Zyranee
  • Bag x 3 *Sponsor by Dressuana
  • Plain Shawl x 2*Sponsor by Shawls Gallery
  • Bloglist x 8 di blog ini *Hadiah Saguhati
GAMBAR HADIAH : SINI


64 orang pemenang dicari !*Updated on 27/6/2013

Para pemenang : 100% Random.org

Click banner to join ! =)

Segmen Jom Pilih Hadiah

Assalamua'alaaikum semuaaaa...
tetiba hari ni aku raajin plak menjoin benda alah nih coz hadiah-haadiah yaang ditawaarkan memang menarik!!!!


Segmen Jom Pilih Hadiah



2) nak hadiah : i - Minyak wangi 
ii - Duit Rayaa



Saya nak NADIA FARAHIDA pilih SAYA untuk menang STENSILS cantik daripaada WALL MAKEOVER by NA

Assalamuaa'laikum...
hihihi..aku sebenarnya dok skodeng wall depa nih lama dah tapi sekadar skodeng jer la..dalam hati terdetik..cantiknyer..hebatnya depa nih..kreatifnyer.. JELES tau!!
Tup-tup si dia buat contest dan ditaja oleh ehem..ehem!!! waaaaaa....bestnyerr!!!! nak join ke tidak...nak join ke tidak..tapi rumah aku dok kat utara, hujung peta Malaysia nih ha. tak der can la nak menang contest nih tapi kalau dapat hadiah STENSILS pun apa salahnya kannnnn..At least dapat juga sesuatu sebagai kenangan..Waaaa..belum pa per lagi aku dah berangan bagaiiiiii...hahahahaha.. :P ..Tengak kalander kat sebelah nih, 14/07/2013..ok, tarikh tutup GA nih 18/07/2013..hmm..ada peluang lagi nih. Apa salahnya kalau try kannnnn.mana tau kot-kot ada rezeki kerrrrr...huhuhu..BERANGAN LAGI!!! haishhhhhh... (T_T)..ok..
Syarat-syarat untuk join contest ialah
1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini. - DONE!!

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. - DONE!!

 3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. - dan untuk itu, aku pilih design ini. Aku rasa design nih memang sesuai dengan ruang tamu rumah aku nihhhh... ;)



Cantik kannnnn...aku suka sangat design nih. Sebenarnya ada banyak lagi design yg cantik tp design nilah yang aku rasa paling sesuai...yeyeyeyeye...mintak-mintak la aaku dapat stensils dari Wall MakeOver by NA

Ok la..dan syarat ke 4 untuk merealisasikaan impian nih aku dengan muka tak malunya menjerit macam orang gila kat tepi jalan sambil BERKATA
 " Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."
Nadia.....tolonglah pilih saya sebagai salah sorang pemenang tambahan 6 STENSILS ituuuuuuu. Saya nak hadiah stensils tu kerana saya nak hadiahkan stensils tu untuk HUBBY saya. Hubby saya memang tengah tercari-cari wall paper untuk diletakkan pada ruang tamu kitorang yang kosong gila sebab ketandusan idea untuk dimekupkan serta ketidakcukupan budget [ini yang masalah sebenarnyer]. Dan saya memang nak hadiahkan stensils yang ditaja oleh Wall MakeOver by Na kat hubby sebagai surprise hadiah untuk beliau. Sebenarnya saya ada tunjuk beberapa design dari page Wall MakeOver by Na pada dia. Dia ingat sume design tu guna wall paperr!!! Bila saya cakap bukan, dia tak caya. Lepas tu baru dia caya..Then dia ajaak saya pergi cat la la tu juga!!! Oleh itu, Nadia, please...please choose meeeeeeeeeeeee sebagai salah sorang pemenang stecils itu... [dengan muka tak malunyer... :P ]. Lagipun hubby memang minat sangat bab-bab mencantikkan rumah nih. Tambahan pula, dah banyaak kali kitorang g kedai wall paper tanya budget untuk wall ruang tamu tu. Siap panggil kotraktor mai kira budget lagi tapi kena hold dulu sebab perlu utamakan perkara yang perlu diutamakan dahulu...huhuhu...





Ini laah ruang tamu kami, gambar setahun yg lepas hasil dekorasi sepenuhnya oleh encik suami.. coffe table tu asalnya warna colat tp encik hubby cat dengan warna putih semperna syawal tahun lepas..



Bahagian dinding ni kosong gilaaaaaa kannnn...kan cantik kalau dapat stencil sponser by wall makeover by Na..mesti berseri-seri rasanya...


p/s : Tak per Nadia, kalau u tak choose i pun per..maknanya itu bukan rezeki i. Anyway, happy coz akhirnya i berjaya juga type entry ini degan jayanyaa..Banyak kali tertangguh because baby aydin pun sibukkkk nak interrupt mommy yang tengah taip entry nih..sabar jer la...hihihi..bye!! selamat beruka semua... ;)

Monday, June 17, 2013

Panduan menyusu badan (direct feeding) untuk bakal ibu

Assalamua'alaikummmmm....
hihihihi..gempak tak tajuk aku kali nih???
Tak de ribut, tak der hujan, tetiba jer terus ke panduan menyusu..hihihi
Bukan apa..sesaja jer nak kongsi pengalaman aku menyusu  bb aydin yang dah berusia 9 bulan...Kejap jer masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahirkan bb Aydin...Next entry aku cerita plak pengalaman aku petama kali melahirkan bb..hahahaha..giloooo..bb aydin dah nak masuk 1 tahun, aku baru nak buat review...bukan apa, sebagai full time house wife nih, aku tak sempat pun nak melepak lama-lama depan laptop nih coz aku fully BF aydin nih. Sesiapa yang mempunyai pengalaman macam aku nih, sudah tentu faham keadaan bb apabila fully BF..tediaaaaa..dah mengarut panjang dahhhhh..ok, antara panduan yang aku ingin kongsi untuk sesiapa yang mempunyai niat nak menyusukan anak secara eksklusif.. :-->

1) Memula, niat dari awal-awal mengadung kata nak susu kan anak secara eksklusif. Tujuannya supaya   Allah murahkan rezeki susu untuk anak yang bakal lahir tu. Niat itu penting!!!!

2) Doa banyak-banyak selepas sembahyang supaya Allah murahkan rezeki susu untuk anak + dipermudahkan segala urusan.

3) Bila bb dah lahir, susukan bb secara eksklusif [direct feeding]. Kalau susu tak kuar, tolak/picit sikit payu dara tu..Time tu sebenarnya susu dah ada tapi mungkin saluran susu tu tersumbat sikit kot. Cuci puting payu dara tu dengan air suam.

4) Nak susukan bb secara eksklusif nih kena SABAR BANYAK-BANYAK!!!!Kenapa???? Kerana susu badan kita nih cair. Pastu mulut bb kecik dan bb hanya minum cukup-cukup mengikut keperluan dia SAHAJA. Memandangkan susu badan ini cair, so bb akan cepat lapar. Disinilah para ibu-ibu perlu banyak bersabarrrrrrrrrr....Nak-nak lagi tengah-tengah malam bb menangis lapaq susu. Pastu bb nih bukannyer tau pun siang ke malam. Asal lapar jer, menangis..pastu minum susu..pastu berak..pastu kencing..pastu minum susu..pastu tido..Macam itu la rutin aku sepanjang masa berpantang tu tambah-tambah lagi aku lahirkan bb aydin secara c-zer. So, aku amek masa yang agak lama untuk pulih. Asalnyer aku bole lahirkan bb Aydin secara normal tapiiiii nanti-nanti la aku cerita pasal kes nih. Now kita fokus pada panduan menyusu..hihihii.. Aku dalam masa berpantang nih memang tak sempat nak buat apa pun. nak online pun tak sempat Serius!!! Memula memang blurr gak...tapi lama-lama tu ok la.. As ibu, kita perlu menyusukan bb walaupun kita letih + badan masih lemah kerana menyusu itu WAJIB!!!! BERDOSA kalau kita nafikan HAK bb.

5) Minum air kosong banyak-banyak!!!!! Kenapa??? sebab bila menyusu, ibu akan cepat lapar & dahaga. Untuk kes ini aku sangat-sangat bersyukur kerana emak aku kategori yang open minded sikit so diam yang  suruh aku minum air banyak-banyak. Bayangkan, malam-malam hari, aku rasa hampir 2 atau 3 jag air kosong aku minum sehingga sekarang. Ya, sehingga sekarang aku susukan anak aku secara DF. Ada sesetengah orang tua-tua tak benarkan para ibu minum air banyak. Takut bentan katanya. Ini adalah petua orang dulu-dulu. Pada pendapat aku, mungkin zaman dulu tandas jauh, so agak sukar untuk ibu berulang-alik ke tandas. Lagi 1, minumlah air banyak-banyak untuk mengelakkn sembelit and aku ada tengok WHI aritu dalam segmen berpantang. Doktor tu sendiri syor kan para ibu minum air banyak-banyak. In sha allah, tak der kesan yang memudaratkan.

6) Untuk 6 bulan pertama, aku hanya susukan bb Aydin dengan susu badan aku sahaja. Kat sini banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi dari segi mental tapi alhamdulillah, berkat kesabaran aku & kepekakkan telinga aku pada keadaan sekeliling aku berjaya juga susukan Aydin tanpa susu formula or tambah lain-lain makanan pada bb aydin. Aku nasihatkan pada semua, seboleh-bolehnya susu lah bb anda secara eksklusif di awal 6 bulan pertama tapi kalau dah susu badan tak banyak, nak buat macam mana. Rezeki masing-masing.

Hmm..rasanya cukup dulu aku kongsikan 6 perkara mengenai panduan untuk menyusu baby.. ;)

Wednesday, May 15, 2013

8 bulan

Assalamu'alaikummm...
hihihihi kejap je masa berlalu.ari nih genap la Aydin 8 bulan..Rasa macam baru semalam ja lahir kan Aydin
Alhamdulillah, syukur, Allah bg aku anak yang baik. Sungguh, Aydin mmg anak yang baik.
Perkembangan Aydin : Dia dah pandai duduk ala-ala model gitu...kekekeke...dah laju menjulur+merangkak. Now tengah try mengangkat bontot..Mulut petah, pot pet pot pet..Suka senyum n sengeh sambil kenyut hidung..nakal tauuuu!!![ sebiji menurum aku kot coz masa mengandungkan dia, aku sengeh memanjang walaupun dalam keadaan sedih].Aydin dah pandai pegang barang. Alert bila sebut nama dia "Riyadh Aydin!!!"..Padai sambut tetamu dah..now, bila dia yakyak[berak], nak basuh pun pandai buat lembek kaki dah..tQ Allah..walaupun kau lambatkan aku dgn rezeki lain, tp kau kurnia kan aku anak yg baik. Anak yg aku bole pantau & melihat pembesarannya setiap hari. Aku bersyukur sangat.. Amin... 
I love U, Aydin!!!! Muahhhhhh 1000x

Friday, May 3, 2013

Kain Cotton Cantik!!!

Assalamu'alakummmmm....

Selamat petang semua...tgh buat apa tu??? bosan ker??? 
meh la tgk kain cotton terbaru..semua cantik2..material kain sejuk & selesa..meh la tgkkkkkkkkkkk....
rugi kalau tak tengokkkkk..cuci mata sesaja pun xperrrr.... ;) 

























SOLD

SOLD







CODE J: JAPANESE COTTON
CODE E: ENGLISH COTTON

* KAIN SEJUK, SEDAP DAN SELESA DIPAKAI
* FULLY IMPORTED FROM VIETNAM
* 100% ORIGINAL COTTON
* BIDANG 60" - 3.5 METER, SESUAI UNTUK BUAT BAJU KURUNG,BAJU KURUNG MORDEN DLL... 
HARGA: RM90 SEHELAI (INCLUDE POSTAGE)  
               RM150 2 HELAI(INCLUDE POSTAGE) 
               RM200 3 HELAI(INCLUDE POSTAGE)

HARGA JATUH MENJUNAM UNTUK BELIAN BORONG....PM SEGERA =)

Bagaimana nak beli??? PM saya kat andisyuhada@gmail.com 

code item:
size:
quantity:
address (including postcode):
hp no:

Friday, February 1, 2013

Mogok Menyusu/ Engan menyusu

As'salamua'laikum...
Ari nih baru rajin nak mengarang. Actually tak der benda yang menarik pun untuk dikongsi bersama...Hmm...ada ker orang baca blog aku??? hahahaha...Ok, berbali kepada tajuk di atas, lately baby aydin macam refuse dari menyusu susu badan. Adoiiii...stress gila aku...mau x stressnya, aku dok pulun bagi dia minum, dia dok protes tak mau minum sampai teriak teresak-esak..Kalau kat kampung lagi stress, mak aku plak dok kalu cucu dia tak minum susu..haishhhh..Kes ini jadi lepas aydin sakit tekak bulaan lepas,kiranya time tu dia baru berumur 3 bulan. Then, lepas sakit tekak tu dah baik, dia minum macam biasa tapiiiiiiiiiii....ha, ada tapi di situ yaaaa...dia tak mau minum susu in public or atas riba. Ni sume salah aku juga sebenarnya sebab telah TERmengajar beliau menyusu sambil tido/baring. Kesnya sebab aku lahirkan aydin nih by c-ser. So, kat tempat c-ser tu masah terasa ngilunya. Sementelah itu pula, baby aydin nih badan dia memang semangat. Bayangkan umur 4 bulan, berat dia dah 7.5 kg..berat kot. So, nak memudahkan aku menyusu beliau, aku pun TERajar beliau menyusu secara baring/tido. Now kalau aku bg dia menyusu secara duduk, bulat dia decline. Kalau paksa, dia akan menangis mcm ada orang pukul..Haishhh...anak bertuah...Now, dua tiga hari nih aydin kembali mogok menyusu..Aku as his mummy pun risau juga la coz aydin nih. Tengok ke gaya isap jari tu memang conform lapar gilaaaaa tp bila nak menyusukan dia, dia xmauuuuu!!!! Stress aku...So, nak bg dia menyusu, aku kena pujuk dia sambil tepuk-tepuk dia sampai dia lali nak tido(aydin akan isap jari dia kuat sampai lali). Time nih baru aku bagi dia menyusu.So ari nih aku berkesempatan mencari info tentang bayi mogok menyusu..n aku terjumpa info nih kat sini

  1. Biasanya bayi anda tidak akan menolak apabila tiba masa menyusu, tapi kali ini dia tidak mahu menyusu langsung. Mogok menyusu banyak berlaku pada bayi yang berumur 3 bulan ke atas tanpa sebarang sebab. Tabiat berhenti menyusu secara semulajadi amat jarang berlaku dalam tempoh setahun pertama, dan ia lazimnya berlaku secara perlahan-lahan. Bayi juga tidak mempamerkan rasa gelisah semasa berhenti menyusu secara semulajadi. - Patut la aydin wat hal after 3 bulan.
  2. Mogok menyusu ini boleh berlaku selama beberapa hari, malah oleh berlanjutan selama seminggu dua. Ada ibu yang memilih untuk berhenti menyusu dalam tempoh mogok ini, tapi biasanya bayi boleh dipujuk untuk menyusu kembali. Yang penting, ibu perlu ada kesabaran dan kesungguhan untuk menjayakannya. - Alhamdulilah, mujur la aku bersabaq juga menyusu aydin...huhuhu...
  3. Bayi juga mungkin menunjukkan keengganan menyusu sebelum dia mempamerkan kemahiran perkembangannya seperti merangkak, berdiri atau berjalan. -  Mebi aydin nak bole menerap kot...cewahhhh... +ve thingking mommynyerrr...


Cara Memujuk Bayi Kembali Menyusu

  1. Sebelum menyusu, pam atau perah payudara anda supaya pengaliran susu lebih lancar dan puting lebih panjang. Bayi mungkin suka cara lebih mudah ini. ~ owhhh...cara ni aku xpernah try lagi
  2. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau jari kelingking anda beberapa minit sebelum menyusu. Ini akan melatih dia menjatuhkan lidahnya untuk menyusu. ~ yang aku tak ajar pun kat aydin tp dia sendiri yang isap jarinya sendiri.ilham allah bg kat dia agaknya.
  3. Menyusu secara kerap - sekerap yang anda mampu. Susui bayi anda sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis. ~ cara nih aku dap try dah. Berkesan untuk bulan lepas. BUlan nih cara nih dia dah immune dahhhh
  4. Cuba menyusukan bayi anda ketika dia mengantuk atau baru terjaga dari tidur. Sesetengah ibu mendapati bayi mereka secara semulajadi akan menyusu sebelum tidur. ~ Cara nih dah try and berjaya until now. Itupun kadang ja coz aydin kalau terjaga tido xdak hintttt
  5. Ubah kedudukan anda ketika menyusu. Cuba menyusu sambil berbaring bagi mengurangkan gangguan. Lakukannya di dalam bilik yang sunyi dan malap. ~ Cara nih pun berjaya juga..
  6. Menyusu sambil bergerak, berjalan, mendodoi, berayun, mengenjut dan sebagainya. ~ 
  7. Berikan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh. Buka pakaian bayi dan baju anda (jika boleh). ~ Cara nih aku baru try tp tak menjadi sangatttt...yang memula jer jadi pastu yang lain tak berjaya...haishhhhh
  8. Titiskan susu dada yang telah diperah ke atas puting di sudut mulut bayi anda semasa menyusu... ~ Cara nih aku tak pernah try lagi.
  9. Andainya mogok itu berlanjutan selama beberapa hari, bayi mungkin lebih bersedia menyusu jika aliran susu cepat dan tetap. ~ Cara nih tak pernah try lagi..
  10. Sekiranya bayi membuat ragam ketika anda cuba memujuknya menyusu, hentikan usaha anda dan tenangkan bayi dahulu sebelum anda mencuba lagi sekali. ~ Cara nih memang ari-ari buat.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Semasa bayi mogok menyusu, anda masih perlu memerah susu seperti mana anda biasa menyusu untuk mengekalkan bekalan susu anda. Jika mogok itu berlanjutan lebih sehari, cuba gunakan pam yang boleh memerah kedua-dua payudara anda serentak bagi meningkatkan hormon yang menghasilkan susu.[ok....take note]

Apabila memberikan susu yang telah diperah kepada bayi anda, Gunakan peralatan lain seperti cawan, sudu, picagari atau penitis ubat. Elakkan daripada menggunakan botol. Jika terpaksa menggunakan botol, guna puting yang perlahan alirannya supaya bayi terpaksa bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia akan beralih untuk menyusu badan.[ yang nih tak jalan...aydin HANYA minum dengan puting ASLI mommy dia jaaaa...tp aritu ada gak try guna penitis ubat tu]


Punca Bayi Enggan Menyusu

* Gigi mula tumbuh
* Sakit
* Lepuh dalam mulut bayi
* Rasa susu berubah
* Takut akan reaksi ibu apabila puting digigit.
* Perpisahan yang lama antara ibu dan anak.
* Kekerapan menggunakan botol atau puting.
* Bekalan susu yang kurang.


Cukup Atau Tidak?

Bayi biasanya kurang menyusu dalam tempoh 24-36 jam pertama, namun kalau ia berpanjangan, anda perlu mengesan masalahnya. Barangkali dia sukar bernafas ketika menyusu kerana payudara anda menutup hidungnya, atasi masalah ini dengan membetulkan kedudukan bayi dan menarik sedikit bahagian atas payudara anda.[ok...take note]

Anda juga mungkin risau bayi anda tidak cukup kenyang ketika menyusu. Usah bimbang, bayi anda tahu bila dia kenyang. Oleh itu jangan memaksanya menyusu, terutama kalau anda menggunakan susu formula. Patuhi sukatan susu formula yang diberi. Sukatan berlebihan boleh menyebabkan bayi anda obes dan masalah ini mungkin berterusan sehingga dia dewasa.[ Owhhh....macam tu...bab nih tok dia yang kalut..Takut cucu dia xcukup minummmmmm]


p/s : harap2 dapat susukan aydin sampai umur dia 2 tahun....lagi 1 1/2 aydin dah bole start dgn solid food dahhhhh...cepatnya masa berlaluuuu... :)

Wednesday, January 16, 2013

4 month




Assalamu'alaikum...hehehehe..malas nak tulis byk2...just nak letak gambo jer...
ari nih aydin dah berumur 4 bulan..kejap jer rasa..dah besar dah anak mommy nih..

















Apa tengok-tengok??? xpuas hati ker???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...