Tabung Yaddin

Thursday, August 26, 2010

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Hmmm...saya tergerak hati untuk berkongsi maklumat mengenai Lagu Alejandro by Lady Gaga..yer la..lady gaga kan...saper yg tak kenal..Baru-baru nih pun saya ada juga terdegar lagu Alejandro kt radio..Dengar gitu-gitu jer la..Tak amek port sangat..Tapi setelah saya terjumpa dan terbaca petikan ini dari------> note FB Farah Salwa Adnan nih, saya rasa terpanggil untuk kongsi pandangan belia..Tak salah kan kalau kita berkongsi ilmu tentang perkara yang baik...so...ikutilah artikel ini sepenuhnya...


Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;)

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Monday, August 23, 2010

Isu Status Halal McD

Ok..baru-baru nih aku ada baca blog one of my friend. Pastu aku terkejut juga dengan kenyataan yang diorang ada mengatakan JAKIM ada menarik semula lesen HALAL nya terhadap McD.. Biar betull..ni bukan benda main2..Last aku makn McD bulan lepass....yumm...yummm... Pastu dalam hati ni antara nak percaya or tak jer dengan kenyataan tu.. Yer la, zaman sekarang nih tak sume berita yang disebarkan tu betul..nak-nak lagi kalau melalui email berantai.. banyak fitnah dari berita yang betulnya.. Then malam tadi aku tertengok link yang dipos oleh my cousin tentang STATUS HALAL McD dari pihak Halal Malaysia... Ok, kawan-kawan sila layari website ini..dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu ini..anda bolelah melayari link cik JARDNESS punya blog yer...kt situ ada full description about this issue...tQ



Ayam Goreng McD....



Mc Flurry...sedaappppppp





Nih pun sedap juga....yummm...yummm





The Logo







p/s : orang kita cepat sgt melatah..berhati hati tak salah.. tp jgn la smpi menyebarkan fitnah

Wednesday, August 18, 2010

Bahagianya Jadi Wanita..

Kalau entry sebelum nih video clip nyer mood sedih, apa kata korang tengok plak video clip nih... Kelakar gilerrr!!!! Penceramahnyer memang best gilerrr!!! Tak kering gusi dibuatnya. Aku rasa penceramah nih asal orang PEROK la..Tetiba teringat zaharah n farah masa time blajar sesama dulu. Diorang kalau dah bercakap, memang pekat Perak giler-gilerr.. Orang tak bole lawan la....hahahaha...Layannnnnnn




Tapi memang betul pun apa yang penceramah tu cakap.. Jadi perempuan nih, banyak ujian yang Allah turunkan. Mereka sentiasa menjadi buah mulut orang,umpatan orang, kejian orang dan sebagainya. Namun, sebagai hamba Allah jangan sesekali merasa menyesal kerana dilahirkan sebagai perempuan kerana ganjaran pahala yang Allah kurniakan kepada kaum HAWA adalah BESAR dan dijamin senang masuk syurga sekiranya PEREMPUAN TERSEBUT :-

1) Jaga sembahyangnya

2) Jaga Puasanya

3) Jaga Faraj

4) Taat kepada suami


p/s :sekadar berkongsi info...yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu adalah kelemahan diri saya...Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka... =)

Terima Kasih Awak

Mode posa. Malas nak karang panjang-panjang..So, layan jer video clip nih..Sapa2 yang pernah bercinta time belajaq mesti layan giler video clip nih. Makan dalam bebb!!!Motif aku upload video nih ialah SAJA..Suka-suka....hahahaha (Gelak jahat)... Sapa yang rasa terkena batang hidung die, jagan marah naaa.... ;)





p/s : Ya allah..aku syukur kepadaMU kerana telah berjaya menghadapi dugaanMU dan aku tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku adalah ketentuanMU...AMIN... =)

Thursday, August 12, 2010

Tengok dan Fahamilah Maksudnya...

Ramadhan datang sekali lagi... Sekali lagi aku review semula ramadhan-ramadhan yang lepas..Apa yang aku dah buat pada masa-masa yang lepas ek???Apa kenangan yang masih tinggal kat minda nih yer??? Rasanya aku masih ingat lagi apa yang berlaku pada masa itu.. Kalau tahun-tahun lepas kenangan tu mengusik perasaan tapi tahun nih sudah hilang..Tak tau hilang pi mana..hahaha...Bukan tak ingat, ingat tapi dah tak sedih macam dolu-dolu dah...Pastu kat minda aku terlintas something...Then aku pun tengok blog one of my besfriend...Dah agak dah..sure die pun fikir benda yang sama macam aku nih...Haishh...kalau dah nama PEREMPUAN tu, macam tu la. Hanya insan yang terpilih sahaja memahami perasaan ini (ececece..bukan aku nak cakap besar tapi aku cakap based on fakta yer...hehehe ) ..Then malas la nak layan perasaan-perasaan yang tak bes nih..Suddently aku terjumpa video clip nih..memula tak nak download tapi tak bole plak copy direct link dan lagi satu faktanya, aku nih tak celik IT sangat....hahahaha




p/s : ala...tak bole nak upload la video tu..tgk jer kat wall FB saya ek...tQ

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi



Assalamu'alaikum... Kepada kawan-kawan sekalian...semperna Ramadhan yang bakal menjelma ini...saya, Nur Syuhada binti Md. Desa ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kali...Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan kepada kita semua... AMIN

Tuesday, August 3, 2010

Cinta Sebelum Kahwin

Wah...menarik gitu tajuk entry kali ni kan...kan...kan..???hehehe...Tak der la..actually pagi tadi seperti biasa, apa-apa hal pun aku akan buka FB dulu..saja jer tgk page2 kawan-kawan. Gambar-gambar terbaru kawan-kawan. Then scrol punya scrol, mata aku tertangkap satu tajuk artikel yang menarik perhatian aku. Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.. Rasanyer sume orang kenal kan dengan ustaz nih..betul tak???? =) ...So, ini adalah sebahagian daripada ulasan beliau mengenai Cinta Sebelum Kahwin



"Cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya & lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.

Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia. "


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net



p/s : Tetiba ingat cerita lama...isshhh...tak perlulah...baik layan lagu Maher Zain - Insya'allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...