Tabung Yaddin

Thursday, July 29, 2010

Sedih


Hmmm...sejak dari malam tadi,saya rasa sedih sangat..tak tau pasaipa..tetiba rasa nak menangis ja..then pagi tadi saya text my mum n one of my friend...pastu dalam masa 5 minit, my mum call n i terus menangis since dengar suara mak...lama juga kami sembang,eh silap bukan kami...mak yang cakap banyak dari saya. Saya hanya diam dan menangis dan terus menangis..Until rite now, i'm feel so sad...i don't know y...haishhh..masalah problem juga nih...then saya pun google la sesuatu untuk selesaikan masalah yang sedang saya hadapi...n i felt like to share this kind of info to you all.... :)


Sumber Pertama

Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-

1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih.
2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..
6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga. Ni asyik-asyik pasal cinta tak direstui. Alahai..

Saya yakin situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri anda. Kadangkala ianya mampu memberikan impak yang tidak baik terhadap emosi kalau tidak dikawal. Mungkin beberapa cara ini sesuai untuk anda :

1. Luahkan masalah tersebut kepada rakan dipercayai atau pakar. Ia bukan perkara mudah (terutama pada si Zool) sebab bukan semua orang boleh dipercayai. Kesilapan meluahkan mampu menambahkan lebih masalah.
2. Menangis.. Biasanya kaum hawa akan menangis kalau perasaan sedih datang. Dengan tangisan mampu meredakan emosi yang bersarang dalam hati.
3. MengingatiNya.. Melakukan solat, membaca Al-Quran mampu memberikan ketenangan dalam hati..
4. Elakkan melayan perasaan dan lakukan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan situasi keseorangan yang mana perasaan sedih mudah wujud dalam diri.


Sumber kedua

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



p/s : hmmm...hati jadi tenang sikit dari tadi...esok pepagi nak pergi Batu 8, Changlun....

4 comments :

  1. ala..cik syud awat nie...relax ar k..i think i know..........hahaha

    ReplyDelete
  2. ayomak....camne tu???jgn la kwn2 sedeh2...i xske la...ade pape...can story the mory..hokey...saye rase cam sgt bosan d umah ini...::sedih::

    ReplyDelete
  3. ~~huda : hmmm...nanti2 la aku ym..sekarang bz cikir...

    ~~nida :hahahahaha..sebab apa ek???

    ~~nana : xper na..kalau kamu sedih,kamu ada en. suami di sebelah..bole ngadu naseb kat die... ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...