Tabung Yaddin

Wednesday, July 28, 2010

Ada apa dengan sekufu????



cincin.jpg






Hmm....ada la suatu malam tu, tak ingat bila tapi baru-baru nih la..i ada la borak-borak kosong dengan my housemate..Die tanya, "k.syud, kalau k.syud nak cari pasangan hidup kan, k.syud nak yang macam mana??? k.syud pentingkan calon SEKUFU ker calon muda banyak dari k.syud ker calon yang berumur????dalam banyak-banyak skop tu, i banyak berfikir tentang SEKUFU???apa maksud sebenar SUKUFU itu ek???


Filed under: Fiqh Perkahwinan

“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.

Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa

tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.

Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata.

Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia.

Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim!


sumber : Dr Hasanah



p/s : dah paham dah apa itu maksud SEKUFU... =)

3 comments :

  1. dh sama sekufu...tp takdir tkde sape yg tahu m'agak...=S

    ReplyDelete
  2. dah paham cikgu.....tima kasih byk2 terangkan mkna sekufu...hihihi.. :-)

    ReplyDelete
  3. ~~huda : yer la..kalau allah dah ubah hati seseoran itu,siapalah kita untuk menidakkan TAKDIRNYA...belajarlah untuk redha...insya'allah..

    ~~JA :good..good.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...