Assalamua'alaikummmmm....
hihihihi..gempak tak tajuk aku kali nih???
Tak de ribut, tak der hujan, tetiba jer terus ke panduan menyusu..hihihi
Bukan apa..sesaja jer nak kongsi pengalaman aku menyusu bb aydin yang dah berusia 9 bulan...Kejap jer masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahirkan bb Aydin...Next entry aku cerita plak pengalaman aku petama kali melahirkan bb..hahahaha..giloooo..bb aydin dah nak masuk 1 tahun, aku baru nak buat review...bukan apa, sebagai full time house wife nih, aku tak sempat pun nak melepak lama-lama depan laptop nih coz aku fully BF aydin nih. Sesiapa yang mempunyai pengalaman macam aku nih, sudah tentu faham keadaan bb apabila fully BF..tediaaaaa..dah mengarut panjang dahhhhh..ok, antara panduan yang aku ingin kongsi untuk sesiapa yang mempunyai niat nak menyusukan anak secara eksklusif.. :-->
1) Memula, niat dari awal-awal mengadung kata nak susu kan anak secara eksklusif. Tujuannya supaya Allah murahkan rezeki susu untuk anak yang bakal lahir tu. Niat itu penting!!!!
2) Doa banyak-banyak selepas sembahyang supaya Allah murahkan rezeki susu untuk anak + dipermudahkan segala urusan.
3) Bila bb dah lahir, susukan bb secara eksklusif [direct feeding]. Kalau susu tak kuar, tolak/picit sikit payu dara tu..Time tu sebenarnya susu dah ada tapi mungkin saluran susu tu tersumbat sikit kot. Cuci puting payu dara tu dengan air suam.
4) Nak susukan bb secara eksklusif nih kena SABAR BANYAK-BANYAK!!!!Kenapa???? Kerana susu badan kita nih cair. Pastu mulut bb kecik dan bb hanya minum cukup-cukup mengikut keperluan dia SAHAJA. Memandangkan susu badan ini cair, so bb akan cepat lapar. Disinilah para ibu-ibu perlu banyak bersabarrrrrrrrrr....Nak-nak lagi tengah-tengah malam bb menangis lapaq susu. Pastu bb nih bukannyer tau pun siang ke malam. Asal lapar jer, menangis..pastu minum susu..pastu berak..pastu kencing..pastu minum susu..pastu tido..Macam itu la rutin aku sepanjang masa berpantang tu tambah-tambah lagi aku lahirkan bb aydin secara c-zer. So, aku amek masa yang agak lama untuk pulih. Asalnyer aku bole lahirkan bb Aydin secara normal tapiiiii nanti-nanti la aku cerita pasal kes nih. Now kita fokus pada panduan menyusu..hihihii.. Aku dalam masa berpantang nih memang tak sempat nak buat apa pun. nak online pun tak sempat Serius!!! Memula memang blurr gak...tapi lama-lama tu ok la.. As ibu, kita perlu menyusukan bb walaupun kita letih + badan masih lemah kerana menyusu itu WAJIB!!!! BERDOSA kalau kita nafikan HAK bb.
5) Minum air kosong banyak-banyak!!!!! Kenapa??? sebab bila menyusu, ibu akan cepat lapar & dahaga. Untuk kes ini aku sangat-sangat bersyukur kerana emak aku kategori yang open minded sikit so diam yang suruh aku minum air banyak-banyak. Bayangkan, malam-malam hari, aku rasa hampir 2 atau 3 jag air kosong aku minum sehingga sekarang. Ya, sehingga sekarang aku susukan anak aku secara DF. Ada sesetengah orang tua-tua tak benarkan para ibu minum air banyak. Takut bentan katanya. Ini adalah petua orang dulu-dulu. Pada pendapat aku, mungkin zaman dulu tandas jauh, so agak sukar untuk ibu berulang-alik ke tandas. Lagi 1, minumlah air banyak-banyak untuk mengelakkn sembelit and aku ada tengok WHI aritu dalam segmen berpantang. Doktor tu sendiri syor kan para ibu minum air banyak-banyak. In sha allah, tak der kesan yang memudaratkan.
6) Untuk 6 bulan pertama, aku hanya susukan bb Aydin dengan susu badan aku sahaja. Kat sini banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi dari segi mental tapi alhamdulillah, berkat kesabaran aku & kepekakkan telinga aku pada keadaan sekeliling aku berjaya juga susukan Aydin tanpa susu formula or tambah lain-lain makanan pada bb aydin. Aku nasihatkan pada semua, seboleh-bolehnya susu lah bb anda secara eksklusif di awal 6 bulan pertama tapi kalau dah susu badan tak banyak, nak buat macam mana. Rezeki masing-masing.
Hmm..rasanya cukup dulu aku kongsikan 6 perkara mengenai panduan untuk menyusu baby.. ;)
Tabung Yaddin
Monday, June 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
tahniah tau..suka kalau ramai kawan2 yang bf sepenuhnya.kak lea pun bf si kembar sampai diorang 2 tahun lebih,macam tu juga dengan anak paling bongsu.
ReplyDeletetak faham kadang2 dengan ibu2 muda yang beri pelbagai alasan.kalau disebabkan kesihatan,logiklah kan.apa2 pun bagus bf baby kita ni..