Tabung Yaddin

Sunday, July 14, 2013

Saya nak NADIA FARAHIDA pilih SAYA untuk menang STENSILS cantik daripaada WALL MAKEOVER by NA

Assalamuaa'laikum...
hihihi..aku sebenarnya dok skodeng wall depa nih lama dah tapi sekadar skodeng jer la..dalam hati terdetik..cantiknyer..hebatnya depa nih..kreatifnyer.. JELES tau!!
Tup-tup si dia buat contest dan ditaja oleh ehem..ehem!!! waaaaaa....bestnyerr!!!! nak join ke tidak...nak join ke tidak..tapi rumah aku dok kat utara, hujung peta Malaysia nih ha. tak der can la nak menang contest nih tapi kalau dapat hadiah STENSILS pun apa salahnya kannnnn..At least dapat juga sesuatu sebagai kenangan..Waaaa..belum pa per lagi aku dah berangan bagaiiiiii...hahahahaha.. :P ..Tengak kalander kat sebelah nih, 14/07/2013..ok, tarikh tutup GA nih 18/07/2013..hmm..ada peluang lagi nih. Apa salahnya kalau try kannnnn.mana tau kot-kot ada rezeki kerrrrr...huhuhu..BERANGAN LAGI!!! haishhhhhh... (T_T)..ok..
Syarat-syarat untuk join contest ialah
1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini. - DONE!!

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. - DONE!!

 3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. - dan untuk itu, aku pilih design ini. Aku rasa design nih memang sesuai dengan ruang tamu rumah aku nihhhh... ;)



Cantik kannnnn...aku suka sangat design nih. Sebenarnya ada banyak lagi design yg cantik tp design nilah yang aku rasa paling sesuai...yeyeyeyeye...mintak-mintak la aaku dapat stensils dari Wall MakeOver by NA

Ok la..dan syarat ke 4 untuk merealisasikaan impian nih aku dengan muka tak malunya menjerit macam orang gila kat tepi jalan sambil BERKATA
 " Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."
Nadia.....tolonglah pilih saya sebagai salah sorang pemenang tambahan 6 STENSILS ituuuuuuu. Saya nak hadiah stensils tu kerana saya nak hadiahkan stensils tu untuk HUBBY saya. Hubby saya memang tengah tercari-cari wall paper untuk diletakkan pada ruang tamu kitorang yang kosong gila sebab ketandusan idea untuk dimekupkan serta ketidakcukupan budget [ini yang masalah sebenarnyer]. Dan saya memang nak hadiahkan stensils yang ditaja oleh Wall MakeOver by Na kat hubby sebagai surprise hadiah untuk beliau. Sebenarnya saya ada tunjuk beberapa design dari page Wall MakeOver by Na pada dia. Dia ingat sume design tu guna wall paperr!!! Bila saya cakap bukan, dia tak caya. Lepas tu baru dia caya..Then dia ajaak saya pergi cat la la tu juga!!! Oleh itu, Nadia, please...please choose meeeeeeeeeeeee sebagai salah sorang pemenang stecils itu... [dengan muka tak malunyer... :P ]. Lagipun hubby memang minat sangat bab-bab mencantikkan rumah nih. Tambahan pula, dah banyaak kali kitorang g kedai wall paper tanya budget untuk wall ruang tamu tu. Siap panggil kotraktor mai kira budget lagi tapi kena hold dulu sebab perlu utamakan perkara yang perlu diutamakan dahulu...huhuhu...





Ini laah ruang tamu kami, gambar setahun yg lepas hasil dekorasi sepenuhnya oleh encik suami.. coffe table tu asalnya warna colat tp encik hubby cat dengan warna putih semperna syawal tahun lepas..



Bahagian dinding ni kosong gilaaaaaa kannnn...kan cantik kalau dapat stencil sponser by wall makeover by Na..mesti berseri-seri rasanya...


p/s : Tak per Nadia, kalau u tak choose i pun per..maknanya itu bukan rezeki i. Anyway, happy coz akhirnya i berjaya juga type entry ini degan jayanyaa..Banyak kali tertangguh because baby aydin pun sibukkkk nak interrupt mommy yang tengah taip entry nih..sabar jer la...hihihi..bye!! selamat beruka semua... ;)

Monday, June 17, 2013

Panduan menyusu badan (direct feeding) untuk bakal ibu

Assalamua'alaikummmmm....
hihihihi..gempak tak tajuk aku kali nih???
Tak de ribut, tak der hujan, tetiba jer terus ke panduan menyusu..hihihi
Bukan apa..sesaja jer nak kongsi pengalaman aku menyusu  bb aydin yang dah berusia 9 bulan...Kejap jer masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahirkan bb Aydin...Next entry aku cerita plak pengalaman aku petama kali melahirkan bb..hahahaha..giloooo..bb aydin dah nak masuk 1 tahun, aku baru nak buat review...bukan apa, sebagai full time house wife nih, aku tak sempat pun nak melepak lama-lama depan laptop nih coz aku fully BF aydin nih. Sesiapa yang mempunyai pengalaman macam aku nih, sudah tentu faham keadaan bb apabila fully BF..tediaaaaa..dah mengarut panjang dahhhhh..ok, antara panduan yang aku ingin kongsi untuk sesiapa yang mempunyai niat nak menyusukan anak secara eksklusif.. :-->

1) Memula, niat dari awal-awal mengadung kata nak susu kan anak secara eksklusif. Tujuannya supaya   Allah murahkan rezeki susu untuk anak yang bakal lahir tu. Niat itu penting!!!!

2) Doa banyak-banyak selepas sembahyang supaya Allah murahkan rezeki susu untuk anak + dipermudahkan segala urusan.

3) Bila bb dah lahir, susukan bb secara eksklusif [direct feeding]. Kalau susu tak kuar, tolak/picit sikit payu dara tu..Time tu sebenarnya susu dah ada tapi mungkin saluran susu tu tersumbat sikit kot. Cuci puting payu dara tu dengan air suam.

4) Nak susukan bb secara eksklusif nih kena SABAR BANYAK-BANYAK!!!!Kenapa???? Kerana susu badan kita nih cair. Pastu mulut bb kecik dan bb hanya minum cukup-cukup mengikut keperluan dia SAHAJA. Memandangkan susu badan ini cair, so bb akan cepat lapar. Disinilah para ibu-ibu perlu banyak bersabarrrrrrrrrr....Nak-nak lagi tengah-tengah malam bb menangis lapaq susu. Pastu bb nih bukannyer tau pun siang ke malam. Asal lapar jer, menangis..pastu minum susu..pastu berak..pastu kencing..pastu minum susu..pastu tido..Macam itu la rutin aku sepanjang masa berpantang tu tambah-tambah lagi aku lahirkan bb aydin secara c-zer. So, aku amek masa yang agak lama untuk pulih. Asalnyer aku bole lahirkan bb Aydin secara normal tapiiiii nanti-nanti la aku cerita pasal kes nih. Now kita fokus pada panduan menyusu..hihihii.. Aku dalam masa berpantang nih memang tak sempat nak buat apa pun. nak online pun tak sempat Serius!!! Memula memang blurr gak...tapi lama-lama tu ok la.. As ibu, kita perlu menyusukan bb walaupun kita letih + badan masih lemah kerana menyusu itu WAJIB!!!! BERDOSA kalau kita nafikan HAK bb.

5) Minum air kosong banyak-banyak!!!!! Kenapa??? sebab bila menyusu, ibu akan cepat lapar & dahaga. Untuk kes ini aku sangat-sangat bersyukur kerana emak aku kategori yang open minded sikit so diam yang  suruh aku minum air banyak-banyak. Bayangkan, malam-malam hari, aku rasa hampir 2 atau 3 jag air kosong aku minum sehingga sekarang. Ya, sehingga sekarang aku susukan anak aku secara DF. Ada sesetengah orang tua-tua tak benarkan para ibu minum air banyak. Takut bentan katanya. Ini adalah petua orang dulu-dulu. Pada pendapat aku, mungkin zaman dulu tandas jauh, so agak sukar untuk ibu berulang-alik ke tandas. Lagi 1, minumlah air banyak-banyak untuk mengelakkn sembelit and aku ada tengok WHI aritu dalam segmen berpantang. Doktor tu sendiri syor kan para ibu minum air banyak-banyak. In sha allah, tak der kesan yang memudaratkan.

6) Untuk 6 bulan pertama, aku hanya susukan bb Aydin dengan susu badan aku sahaja. Kat sini banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi dari segi mental tapi alhamdulillah, berkat kesabaran aku & kepekakkan telinga aku pada keadaan sekeliling aku berjaya juga susukan Aydin tanpa susu formula or tambah lain-lain makanan pada bb aydin. Aku nasihatkan pada semua, seboleh-bolehnya susu lah bb anda secara eksklusif di awal 6 bulan pertama tapi kalau dah susu badan tak banyak, nak buat macam mana. Rezeki masing-masing.

Hmm..rasanya cukup dulu aku kongsikan 6 perkara mengenai panduan untuk menyusu baby.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...