Tabung Yaddin

Saturday, February 5, 2011

Kaherah, bumi Mesir

Adakah saya kategori  rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap isu-isu semasa??? Memula tertengok berita di TV, pastu tertanya-tanya, apa kes plak nih yang  berlaku kt Mesir. Pastu dengan tanpa was2, balik kampung dengan gembiranya. Maklum la, cuti Tahun Baru Cina. Time nih la bole kumpul dgn adik2 beramai-ramai. Seperti biasa, sambil lepak-lepak tu, sambil tengok depa online FB + tengok drama terbaru Korea [wajib!! sbb ada tukang dok mendowndloadnya] ...

Aku : Eh..apa kes kat Mesir ek?? Huru-hara ja tengok berita tgh hari td..Tapi kak tengok gitu-gitu jer la..Tak fokus pun
Tika : Entah...dekka pun tak tau..Jap nak google..Tapi tengok kat FB kawan-kawan dekka tadi, Depa cakap rakyat mesir dok memberontak..Nak tukar pemimpin katanya..
Aku : Tengok FB??? Tapi awat FB kak xdak sapa2 pun updates pasal isu kt Mesir tu
Tika : La....kan kawan-kawan dekka ramai belajar kat sana. Tu yang bole tau, kalau tak, tak dak maknanya tahu pasal kes ni..Mebi kak xdak kawan-kawan yang belajaq kat sana kot.Tu sebab jadi cmtu..Tengok wall kawan dekka nih...[semua mata tertumpu pada wall tersebut]. Dia ni belajar kt Universiti Masora. Dah la jarang online..Semua orang risau kat keselamatan dia
Aku : Sungguh gak nooo..Lupa..kak memang xdak kawan2 blajaq kat sana pun [ mana nak ada..umur dah 28. Semua dah abis blajar]
Tirah : A'a..kawan-kawan adek pun ramai gak balajar kat sana. Depa cakap sana dah terok. Banyak rumah kena pecah masuk. Makanan xdak. Mesin ATM tak dak duit sebab kena pecah.Tambah-tambah lagi banduan semua dah terlepas dari penjara...
 Aku : Isk..sampai cmtu sekali nooo...sungguh menakutkan...

Hmm..nak ulas lebih-lebih pasal isu nih, aku pun tak cukup info. So apa kata jom kita skodeng blog orang lain..Contohnya seperti blog 1, blog 2, blog 3, blog 4....


p/s : Bersyukurnya jadi rakyat Malaysia.. Biasanya, bila sesebuah negara bergolak, sapa yang untung?? Pernah tak korang terfikir sapa dalang disebalik semua ini??? Ya, yang nak digulingkan itu, orang mereka, yang tunjuk perasaan pun orang mereka sendiri dan yang bakal pemimpin baru mereka pun orang mereka juga TAPI, pemimpin mereka sekrang ini pro siapa, Israel or Amerika?? Dan bakal penggantinya pun kena selidik juga..Dia pro siapa??? Ingatlah wahai umat Islam, musuh utama kira ialah diri kita sendiri.. Fikir-fikirkan lah..Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

Tuesday, February 1, 2011

Via Android

Sumber : Maxis



Rasanya aku nih kategori ketinggalan zaman juga orangnya...Teknologi telefon bimbit sekarang nih memang canggih-canggih giler sampai sesetengah perkataan tu bila dengar, rasa jakun pun ada. Kalau setakat handphone iPhone & BlackBerry tu memang dah besa dengar dan tengok dah walaupun sebiji handphone tersebut tak pernahnya aku miliki coz aku nih kategori orang yang sangat-sangat berduit...ho h0 ho h0... =)) .. Tapi baru-baru nih aku menjaadi semakin jakun apabila mendengar dan melihat perkataan ANDROID ...benda alah apa plak nih??? adakah ia sejenis dadah??? bunyi ala2 macam STEROID pun ada...maka dengan rendah dirinya aku pun gagah la google cari maksud ANDROID...bukan apa, nanti bila orang tanya, hang tau tak apa itu android??? aku bole laa dengan riaknya jawab..alah..tahu...Android tu yang robot hijau tu kan??? kan???...kahkahkahkah [ aci tak jawapaan ini?? ] 

Ok..back to the topic...Menurut En. Google.. Android adalah : -

1) suatu OS (Operating System) yang dibina oleh Google untuk penggunaan telefon bimbit jenis SmartPhone [kecuali BlackBerry & iPhone - depa ni guna OS yg lain] dan  mempunyai ciri-ciri aplikasinya seperti Windows dan Apple [ PERHATIAN!!! bukan buah epel hijau atau merah yg kita selalu makan itu yer] 

2) asasnya ia dibina untuk telefon bimbit yg mempunyai Linux

3) Matlamat utama OS ini di bina adalah untuk memudahkan para pengguna berhubung antara satu sama lain di alam maya dengan pantas dan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Cth : Bila pi melancong sesuatu tempat macam Paris ke London ke,time tu kita terlupa nak bawa laptop or notebook kehabisan bateri, or malas nak berat-beratkan beg bawa benda alah tu, tapi dengan hanya menggunakaan SmartPhone pun kita masih bole berhubung dengan sedara mara, kawan-kawan dan sapa saja dengan syarat tempat tu WAJIB ada excess internet laa...kalau tak, xder maknanyer guna handphone canggih-canggih ini..beruk tengok pun dia tak heran, malah mungkin dia fikir manusia nih sewel ker syok sendiri...kahkahkahkahkah

4 ) Antara handphone yang menggunakaan aplikaasi Android ialah : Samsung Galaxy Spica, Google Nexus One, HTC Magic, HTC Hero, HTC Lagend [ ni hp geng2 korea punya], Sony Ericsson Experia n so on la..nak tau lebih lanjut sila tengok page ini or  yang ini juga..Kat situ juga korang bole tau kelebihan & kelemahan Mr. Android nih..


Ni lah contoh handpahone yang mempunyai OS Android . Nak senang citer, kalau hampa tengok  hp orang tu yg jenis touch screen or yg screen besaq tu dan kat screen tu, icon YouTube ker Facebook ke Twitter ke Google terpampang dengan jelas, maknanyaa handphone tu kemungkinan besar gunaa OS nih... 

p/s : lepas nih tak tau la apa benda plak yg akaan keluar.. ;)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...