Tabung Yaddin

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi



Assalamu'alaikum... Kepada kawan-kawan sekalian...semperna Ramadhan yang bakal menjelma ini...saya, Nur Syuhada binti Md. Desa ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kali...Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan kepada kita semua... AMIN

Tuesday, August 3, 2010

Cinta Sebelum Kahwin

Wah...menarik gitu tajuk entry kali ni kan...kan...kan..???hehehe...Tak der la..actually pagi tadi seperti biasa, apa-apa hal pun aku akan buka FB dulu..saja jer tgk page2 kawan-kawan. Gambar-gambar terbaru kawan-kawan. Then scrol punya scrol, mata aku tertangkap satu tajuk artikel yang menarik perhatian aku. Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.. Rasanyer sume orang kenal kan dengan ustaz nih..betul tak???? =) ...So, ini adalah sebahagian daripada ulasan beliau mengenai Cinta Sebelum Kahwin



"Cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya & lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.

Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia. "


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net



p/s : Tetiba ingat cerita lama...isshhh...tak perlulah...baik layan lagu Maher Zain - Insya'allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...