aku ada jer cuma tak berkesempatan nk update blog..
Anyway..rasanya tak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat Islam di Malaysia khasnya..cewahhhh...macam ada je yang baca blog aku nih..hihihihi
Nak ikut aku rajin je skodeng blog orang cuma aku tak sempat nak update blog sendiri je..busy buat apa pun aku tak tahu..pelik kannn...orang lain bole je update blog hari-hari..tapi aku tak pulak dok kat umah jer hari-hari. Al -maklum la, surirumah zaman morden (aku master holder microelectronic engineering in research ok...oppsss bulan2 posa nih teriak plak.maaf yer pada yang menyampah dengan ayat tu.. :P...hihihi... ;)) Nanti aku cerita apa yang aku buat kat rumah selama setahu lebih nih n mcm best je kan jadi surirumah ni....
ok...hari nih dah 13 ramadhan, so apa kata kita tgk :-
Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
AWAS !!!
Apa yang ditulis kat atas tu sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.
Dan di sini aku bagi link yang disetakan oleh penulis mengenai pendapat dari website JAIS dan juga Mufti Negeri Terengganu tentang hadis palsu yang berkaitan dengan kelebihan / fadhilat solat terawih ini. Klik SINI: Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan untuk bacaan lanjut.
copy paste from ciktom
No comments :
Post a Comment