Tabung Yaddin

Monday, May 31, 2010

Sekadar Peringatan Sesama Insan...

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti

rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah

tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat

dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada

ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah..


Jangan mengumpat sesama rakan

taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya

Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.

Friday, May 28, 2010

Disebalik yang tersurat dan tersirat

memula aku tengok video nih dari link sorang blogger..sebelum nak play,aku tengok,ish..macam nak kenal jer mamat nih..Biar betul,tak kan la die nih taxi driver kot..Then aku pun clik la button play..untuk tengok the whole video...Sekali tengok,makkkk aaiii..menarik giler klip video nih...hahahaha..lawak pun lawak...penuh dengan sindirin...huhuhu..sapa tak tahan telinga,memang bengang giler la..tapi pada aku,aku tengok dari sudut yang tersiratnyer...so,enjoy the video.... =)....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...