As'salamua'laikum...
Ari nih baru rajin nak mengarang. Actually tak der benda yang menarik pun untuk dikongsi bersama...Hmm...ada ker orang baca blog aku??? hahahaha...Ok, berbali kepada tajuk di atas, lately baby aydin macam refuse dari menyusu susu badan. Adoiiii...stress gila aku...mau x stressnya, aku dok pulun bagi dia minum, dia dok protes tak mau minum sampai teriak teresak-esak..Kalau kat kampung lagi stress, mak aku plak dok kalu cucu dia tak minum susu..haishhhh..Kes ini jadi lepas aydin sakit tekak bulaan lepas,kiranya time tu dia baru berumur 3 bulan. Then, lepas sakit tekak tu dah baik, dia minum macam biasa tapiiiiiiiiiii....ha, ada tapi di situ yaaaa...dia tak mau minum susu in public or atas riba. Ni sume salah aku juga sebenarnya sebab telah TERmengajar beliau menyusu sambil tido/baring. Kesnya sebab aku lahirkan aydin nih by c-ser. So, kat tempat c-ser tu masah terasa ngilunya. Sementelah itu pula, baby aydin nih badan dia memang semangat. Bayangkan umur 4 bulan, berat dia dah 7.5 kg..berat kot. So, nak memudahkan aku menyusu beliau, aku pun TERajar beliau menyusu secara baring/tido. Now kalau aku bg dia menyusu secara duduk, bulat dia decline. Kalau paksa, dia akan menangis mcm ada orang pukul..Haishhh...anak bertuah...Now, dua tiga hari nih aydin kembali mogok menyusu..Aku as his mummy pun risau juga la coz aydin nih. Tengok ke gaya isap jari tu memang conform lapar gilaaaaa tp bila nak menyusukan dia, dia xmauuuuu!!!! Stress aku...So, nak bg dia menyusu, aku kena pujuk dia sambil tepuk-tepuk dia sampai dia lali nak tido(aydin akan isap jari dia kuat sampai lali). Time nih baru aku bagi dia menyusu.So ari nih aku berkesempatan mencari info tentang bayi mogok menyusu..n aku terjumpa info nih kat sini.
- Biasanya bayi anda tidak akan menolak apabila tiba masa menyusu, tapi kali ini dia tidak mahu menyusu langsung. Mogok menyusu banyak berlaku pada bayi yang berumur 3 bulan ke atas tanpa sebarang sebab. Tabiat berhenti menyusu secara semulajadi amat jarang berlaku dalam tempoh setahun pertama, dan ia lazimnya berlaku secara perlahan-lahan. Bayi juga tidak mempamerkan rasa gelisah semasa berhenti menyusu secara semulajadi. - Patut la aydin wat hal after 3 bulan.
- Mogok menyusu ini boleh berlaku selama beberapa hari, malah oleh berlanjutan selama seminggu dua. Ada ibu yang memilih untuk berhenti menyusu dalam tempoh mogok ini, tapi biasanya bayi boleh dipujuk untuk menyusu kembali. Yang penting, ibu perlu ada kesabaran dan kesungguhan untuk menjayakannya. - Alhamdulilah, mujur la aku bersabaq juga menyusu aydin...huhuhu...
- Bayi juga mungkin menunjukkan keengganan menyusu sebelum dia mempamerkan kemahiran perkembangannya seperti merangkak, berdiri atau berjalan. - Mebi aydin nak bole menerap kot...cewahhhh... +ve thingking mommynyerrr...
Cara Memujuk Bayi Kembali Menyusu
- Sebelum menyusu, pam atau perah payudara anda supaya pengaliran susu lebih lancar dan puting lebih panjang. Bayi mungkin suka cara lebih mudah ini. ~ owhhh...cara ni aku xpernah try lagi
- Latih bayi menghisap jari telunjuk atau jari kelingking anda beberapa minit sebelum menyusu. Ini akan melatih dia menjatuhkan lidahnya untuk menyusu. ~ yang aku tak ajar pun kat aydin tp dia sendiri yang isap jarinya sendiri.ilham allah bg kat dia agaknya.
- Menyusu secara kerap - sekerap yang anda mampu. Susui bayi anda sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis. ~ cara nih aku dap try dah. Berkesan untuk bulan lepas. BUlan nih cara nih dia dah immune dahhhh
- Cuba menyusukan bayi anda ketika dia mengantuk atau baru terjaga dari tidur. Sesetengah ibu mendapati bayi mereka secara semulajadi akan menyusu sebelum tidur. ~ Cara nih dah try and berjaya until now. Itupun kadang ja coz aydin kalau terjaga tido xdak hintttt
- Ubah kedudukan anda ketika menyusu. Cuba menyusu sambil berbaring bagi mengurangkan gangguan. Lakukannya di dalam bilik yang sunyi dan malap. ~ Cara nih pun berjaya juga..
- Menyusu sambil bergerak, berjalan, mendodoi, berayun, mengenjut dan sebagainya. ~
- Berikan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh. Buka pakaian bayi dan baju anda (jika boleh). ~ Cara nih aku baru try tp tak menjadi sangatttt...yang memula jer jadi pastu yang lain tak berjaya...haishhhhh
- Titiskan susu dada yang telah diperah ke atas puting di sudut mulut bayi anda semasa menyusu... ~ Cara nih aku tak pernah try lagi.
- Andainya mogok itu berlanjutan selama beberapa hari, bayi mungkin lebih bersedia menyusu jika aliran susu cepat dan tetap. ~ Cara nih tak pernah try lagi..
- Sekiranya bayi membuat ragam ketika anda cuba memujuknya menyusu, hentikan usaha anda dan tenangkan bayi dahulu sebelum anda mencuba lagi sekali. ~ Cara nih memang ari-ari buat.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan
Semasa bayi mogok menyusu, anda masih perlu memerah susu seperti mana anda biasa menyusu untuk mengekalkan bekalan susu anda. Jika mogok itu berlanjutan lebih sehari, cuba gunakan pam yang boleh memerah kedua-dua payudara anda serentak bagi meningkatkan hormon yang menghasilkan susu.[ok....take note]
Apabila memberikan susu yang telah diperah kepada bayi anda, Gunakan peralatan lain seperti cawan, sudu, picagari atau penitis ubat. Elakkan daripada menggunakan botol. Jika terpaksa menggunakan botol, guna puting yang perlahan alirannya supaya bayi terpaksa bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia akan beralih untuk menyusu badan.[ yang nih tak jalan...aydin HANYA minum dengan puting ASLI mommy dia jaaaa...tp aritu ada gak try guna penitis ubat tu]
Punca Bayi Enggan Menyusu
* Gigi mula tumbuh
* Sakit
* Lepuh dalam mulut bayi
* Rasa susu berubah
* Takut akan reaksi ibu apabila puting digigit.
* Perpisahan yang lama antara ibu dan anak.
* Kekerapan menggunakan botol atau puting.
* Bekalan susu yang kurang.
Cukup Atau Tidak?
Bayi biasanya kurang menyusu dalam tempoh 24-36 jam pertama, namun kalau ia berpanjangan, anda perlu mengesan masalahnya. Barangkali dia sukar bernafas ketika menyusu kerana payudara anda menutup hidungnya, atasi masalah ini dengan membetulkan kedudukan bayi dan menarik sedikit bahagian atas payudara anda.[ok...take note]
Anda juga mungkin risau bayi anda tidak cukup kenyang ketika menyusu. Usah bimbang, bayi anda tahu bila dia kenyang. Oleh itu jangan memaksanya menyusu, terutama kalau anda menggunakan susu formula. Patuhi sukatan susu formula yang diberi. Sukatan berlebihan boleh menyebabkan bayi anda obes dan masalah ini mungkin berterusan sehingga dia dewasa.[ Owhhh....macam tu...bab nih tok dia yang kalut..Takut cucu dia xcukup minummmmmm]
p/s : harap2 dapat susukan aydin sampai umur dia 2 tahun....lagi 1 1/2 aydin dah bole start dgn solid food dahhhhh...cepatnya masa berlaluuuu... :)