Tabung Yaddin

Friday, October 22, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan ORANG yang SALAH ????

Saja jer..tak dak pa per yang memarik pun. Cuma nak berkongsi bahan bacaan yang aku terbaca.. Sangat-sangat menarik..Membuatkan aku terfikir ada benarnya disebalik sume ini...hehehe...So, jom kita sesama membacanyer ...


Sumber : click sini


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Thursday, October 21, 2010

Selagi Ada Waktu

Sebelum korang sumer fikir bukan-bukan, aku nak bagtau awal-awal..Entri ni bukan nak sambung cerita entri yang lepas. Nih mood ceria seketika...wakakakaka...aku terdengar lagu tu dari sorang budak kecik yang aku beselisih kat sebuah pasaraya kat kangaq nih ha..Masa dengar tu, comel plak rasa budak tu nyanyikan. Then aku pun menggunakan khidmat encik google n encik youtube untuk cari lagu nih. Serius, lagu nih memang best sebab Lan Kristal yang nyanyi. Aku suka dengar suara die..best..!!





Ni plak penyannyi dan penulis lagu sebenar lagu nih, nickname die PAK LONG. Suara p.long nih pun best juga...layannnn...





p/s : tapi aku suka KRISTAL nyanyi lagu nih sebab rentaknya ROCK sikit n suara Lan sangat-sangat best...n untuk pengetahuan sume, Tajuk lagu nih Selagi Ada Rindu...tapi aku letak Selagi Ada Waktu...Aci tak????hahahaha

MOOD yang TAK STABIL

Serius...sepanjang bulan Oktober nih, mood aku berubah mengikut minggu. Haishhh...Awal minggu tu macam best2 jer tapi dalam hati tu ada juga terdetik, seronok la sangat kang nanti sedih plak..Tengok-tengok apa yang terdetik kat dalam ati tu memang betul-betul berlaku..haishhh... 

Masa zaman kanak-kanak n remaja dulu tak pernah pun terfikir akan melalui sumer-sumer cabaran, dugaan dan halangan yang sebegini rupa.  Time tu rasa life macam senang jer.. Tak fikir apa pun. Yang tahu nak gembira jer...nak makan apa...Mintak duit kat parent nak beli apa..pastu pergi sekolah n balik sekolah. Jumpa kawan-kawan yang best-best sumernyer tapi antara sume kawan-kawan, kawan-kawan masa skolah rendah la yang paling best...Diorang memang TERBAIK arrr...

Kenangan yang tak bole lupa dengan diorang nih ialah pi cari hantu kat rumah pegawai klinik kesihatan yang dah lama takdak penghuni tu..Yang syoqnya, pi cari hantu siang-siang hari dan tengah hari rembang plak tu..LAWAK sungguh..Dah tau hantu keluar malam-malam, kami plak gagah pi cari hantu siang-siang hari.. Bengong betul !!!  tapi kenangan tu memang tak bole nak lupa la..Bila time raya, mula la masing-masing dok gelak dok ingat cerita lama tapi itu dulu la.

Inilah kawan-kawan aku masa sekolah rendah tu. Tp nih hanya sebahagian jer. Geng laki-laki yang nakal tak dak..Muka aku muda belia gi time..kekeke..weii..Dini, aku amek gambar nih kat Fb hang... :P


 Lately, ramai dah yang kawen, so susah juga la nak kumpul semula kawan-kawan tapi raya tahun nih sempat juga kumpul. Memang sangat-sangat best time tu. tak der pun nak fikir hal-hal remeh yang menyerabutkan kepala...Itu cerita zaman kanak-kanak dan zaman remaja.

 Bila difikir semula, wah selama 27 tahun nih, dah banyak dugaan yang aku hadapi. macam tak caya jer sempat aku bole lalui sumer-sumer pengalaman tu...


p/s : malas nak sambung menulis sebab emosi tak stabil...nanti sambung balik...huhuhu

Tuesday, October 19, 2010

Do i care????

Do i care??? opsss....walaupun blog sendiri, nampak gayanya aku tak bole tulis sesuka hati kerana ada mata-mata yang rajin memberi komen-komen yang membina kepada aku..Kang silap tulis dituduh sebagai mengumpat dan sewaktu dengannya....haishhhh...lantak la weiii...aku penat la fikir pasal makhluk allah itu. Terpulang kat ko . bye.nite. Wassalam




p/s : tengah serabut and susah hati memikirkan beberapa perkara....What should i do????

Monday, October 18, 2010

Minggu Lepas yang macam- macam cerita

wahh...tajuk entry mcm best jer kan????hahaha...betul, minggu lepas, macam-macam cerita berlaku since Sabtu - 9/10/2010 until  Ahad -1710/2010...(*sigh*)...mengeluh??? yer arr...sebab sume yg berlaku tu unexpected la..apa ceritanya ya??


Sabtu (9/10/2010)
- dari malamnya lagi hati berbelah bagi samada nak balik or tak..tp tak dapat wat keputusan dengan tepat sebab dok fikir macam-macam benda.
- paginyer...siap awal dan kemas-kemas bag..packing apa ygang patut tapi still sure lagi nak balik ker tak. then join emma and -aN- meronggeng ker Alor Setar. Sesampai jer kat AS, tetiba my mum text me n automaticly, sah..memang wajib balik kg petang tu juga.mujur dah packing bag awal-awal.
- Petangnyer sampai kampung lepak jap kat rumah tok. Sekali kena ambush dengan abang sepupu. soalan memang direct la..tepat ke batang hidung.Tak tertepis dibuatnya. Kelu dan aku hanya mampu tersengeh sahaja.. Then jumpa kazen aku yang sebaya..Up dates cerita terbaru dengan expressnya sebab tak cukup masa dan banyak gangguan. Then my parent amek i kt umh tok dan terus balik umh. 
- malamnya masih belum sempat berbincang apa-apa pun dengan my mum..huhuhu


Ahad (10/10/2010)
- wah...tarikh cantik...ramai yang kawen pada tarikh ni termasuklah Angkasawan kita..dan pada tarikh nih jugalah berlakunya kemalangan ngeri kt Melaka yang mengorbankan 12 nyawa!!!Serius, sangat-sangat ngeriii!!!...Walaupun hanya dengar mengenai berita tersebut kt Buletin Utama sudah cukup mampu buat air mata ini mengalir.
- Petang tu bincang-bincang sekejap dengan my mum dan akhirnya masalah pun selesai. Untuk time tu jer la. masa-masa ke depan tak pasti lagi. Sambil bincang-bincang dok tunggu la kawan aku yang janji nak mai rumah. Tapi..HAMPEH!!!! tahap kesabaran menjadi nipis sebab janji tak ditepati. kalau hampa suma jadi aku, hampa bengang tak?? janji kata nak mai pagi..tunggu la dari pagi. tak sampai-sampai pun. tunggu plak tengah hari..tak sampai juga. tunggu petang, bole plak depa  kata tak jadi mai..aku memang bengang giler arrr...Bengang la sebab aku dah bgtau mak aku.mak aku siap masak untuk depa lagi ha.. Kalau tak bagitau my mum, aku tak kisah g...Then aku malas cakap banyak, aku terus call dia dan cakap," lantak hang la weiii...aku tak percaya dah dengan JANJI-JANJI hang!! BOSAN. Cakap macam keling".. Bukan apa, aku malu dan segan kat mak aku sebab dia susah-susah payah masak untuk kawan aku tu...Apa perasaan korang bila ada orang berjanji dengan kita, then last minute cancel cmtu jer..Sakit hati tak??? Bengang tak???Kalau bagi alasan yang kukuh ok gak nih alasan yang aku tak bole terima langsung!!..Then time tu baru la dia sebok-sebok nak tepon mintak maaf. Sori, aku malas layan panggilan murahan hang tu..Agaknya dia rasa bersalah, then dia pun cuba nasib dan call aku lagi. Time tu aku dah cool sikit dan jawab ala-ala kadar jer..Akhirnya, malam tu dia sampai gak kat rumah aku yang kat dalam HUTAN tu!! Fuhhh....Penat aku dengan kisah hari ahad itu...


Isnin (11/10/2010) - Khamis (14/10/2010)
- Hari-hari tersebut berjalan dengan rutin-rutin aku seperti biasa. Pergi lab, balik lab..tapi cuaca minggu tu agak muram ja..Bole dikatakan setiap hari hujan turun
- Rabu tu, bermula la hari yang menyerabutkan hidup aku. Aku buka FB then ada pertambahan manusia yg merequest untuk jadi friends aku. Isk..macam pernah tengok jer nick minah nih..Tapi aku tak kenal die pun dan aku tak amek port pun pasal komen-komen dia kt wall one of my friend. lantak hang la. Ada aku kisah??? Tapi wondering la juga kenapa minah tu nak add aku. Then aku appove jer la padahal dalam hati tau dah apa motif die...tapi tak pa la..kita tengok dulu rentak die camner...
- Khamis tu  besday adik aku yang bongsu..aku hanya mampu wish jer kt die. Nak beli hadiah mahal-mahal tak mampu sebab aku tersangatlah berduit time nih...hahahahaha...Tengah hari tu aku makan dengan adik aku yang no.2 tu..Dia mai perlis sebab ada interview SLAB UniMAP..Aku doakan semoga Allah murahkan rezeki dia. Amin
- Malam tu, aku dapat sms dari kawan aku tu..dok tanya pasal minah tu..Aku nak gelak pun ada. Macam budak-budak sekolah menengah pun ada tapi aku tak gelak la..Just dengar cerita beliau satu persatu. Pening aku. Tetiba aku bole terlibat sekali dengan masalah yang bukan masalah sangat pun.. Then dok sat, aku pun sent la msj kt minah tu tanya apa yang berlaku.pastu minah tu dok cerita la macam-macam. Aku pun dengar jer la. yang bestnyer, minah bercerita macam-macam pasal kawan aku ni. 
- Antara soalan-soalan kontroversi minah ni dengan aku :

aku : hi...are u muslim????

Miss N : yup..assamualaikum

aku : w'salam..hahaha..what's going on yer????

Miss N : dont know..so u bkn tunang XXX

aku : yup..kenapa???u suke die ek????


Miss N :betul??? yup

Aku : so???? what can i do for u???

Miss N : nothing u can do dear..juz wanna confrim whether u r his tunang or not..juz hate the feeling of being lie to someone

Aku :i rasa die tak tipu u la..

...
...
...

yang lain-lain tu tak yah aku publish kat sini. Macam budak-budak plak aku rasa. Pasal chatting dgn die, aku tak kisah lagi..tapi yang lawaknya, lepas die chat dengan aku and skodeng sume gambar-gambar aku yang tak HOT and fabalous macam gambar2 dia kat FB tu, dia bole plak remove aku dari friend list die dan kemudian add aku semula ..What the hell??? Weii...apa masalah minah nih??? Tapi sebelum dia remove aku tu, aku pun sempat la tengok friend list die...kawan-kawan dia ada around 1k++ la so mebi die rasa dia hot and tip top condition kot...ada aku kisah???????  




Jumaat (15/10/2010) 
- pc aku wat hal pulak!!! rupa-rupanyer monitor aku rosak.sedih. Maaf yer, aku tak mampu nak beli laptop lagi..Sian kan kat aku??? 
- Pastu aku dah rasa suam-suam, macam nak demam jer..tapi cepat2 aku makan ubat. Tak nak sakit yer. Tak suke!!

Sabtu (16/10/2010) 
-aku jadi committe IPCE 2010 kat pauh..main campus. aduh, hujung minggu kena bagun awal. Malasnya!!!

Ahad (17/10/2010)
-hari paling bosan. Dok rumah sorang-sorang. tapi malam tu kuar g Bertam jap. Teman kawan aku antar adik dia balik hostel. Sesampai jer kt umh, kawan aku tanya, emma excident ker??? Aku terpinga-pinga..Bila masa emma excident??? Aku pun terus tengok keta emma. Masya'allah..apa dah berlaku???
Aku terus masuk dalam rumah dan cari emma. tapi emma tak der..Die tengah gayut dengan ibu. Aku tunggu punya tunggu emma, last-last aku tertidur macam tu saja.

Isnin ( 18/10/2010)
- dah update sume cerita minggu lepas.

N

Thursday, October 14, 2010

Lain yang dirancang, lain plak yang jadinya

BOSAN!!!....FED UP!!! ...sedih pun ada..kecewa??? ada la sikit-sikit.. tapi biasa la...dah biasa sangat dengan keadaan dan situasi kt sini...Dah faham sesangat..tp bila pikir punya pikir...congak punya congak, tidak dapat tidak, terpkasa juga hadapi..terpaksa juga pujuk hati..nak buat camner, ini jalan yang aku pilih...huhuhu..nak salah kan takdir pun tak bole sebab sume sudah tertulis..So, tabahkan hati la...sikit jer lagi..hadapi jer kerenah manusia di sekeliling..aku pun tak perfect juga...huhuhu
Harap-harap esok dapat bangun awal coz esok terpaksa berebut lagi guna benda alah tu. Sedih betul!!!...Kerja dah tertangguh banyak nih gara-gara sume orang berebut nak guna RIE..apa itu RIE??? cari sendiri loooo... Yang jadi masalahnyer, RIE tu hanya bole digunakan bila dapat kebenaran juruteknik bertauliah..Kalau dia cuti or dia banyak kerja, alamatnya...jadi macam hari nih la...Semalam orang lain guna..Nak up mesin tu pun dah amek masa..Pastu bila sorang target nak run 4-5 sample pun dah amek masa setengah hari..tu belum kira benda alah tu "hang" lagi...hahahaha...maklum la, mesin hi-tech la katakan, bila guna lama-lama, dia pun "weng" juga..macam manusia juga. Tahu mogok!...so sekarang nih nak salahkan sapa bila kerja aku tak siap??? xper la...nak wat camner...sabaq....


p/s : Jelesnyer tengok Imah dah siap writing... T_T

Wednesday, October 6, 2010

Kalau Berpacaran

Hujan-hujan nih syok juga layan lagu yg sempoi macam ni. Lagipun liriknyer sangat bagus, penuh dengan unsur nasihat..Sekali dengar, terus jatuh hati ... ;) 

Liriknyer saya dapat dari link nih

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x


ok nih video clip lagunya..

Dikala MODE BOSAN tapi kerja bayak .....

Okay, this task have been tagged by huda,
memandangkan saya bosan n serabut tahap gaban, so saya pun dengan rajinnyer menjawab soalan-soalan tersebut...hahaha.

mase : 12.35 PM
hari: Rabu, 6-Oct-2010 


- Name one person who made u laugh last night?
Sapa ek??? hmmm.... U kot sebab dengan dia jer saya akan sentiasa gelak walau dalam apa jua bentuk mood...hahahaha 

- What were u doing 1 hour ago?
dok mengatur jadual tp akhirnya tak jadi sebab petang nih ada meeting dgn bursary committe kt SERIAB..

- What was da last thing you said out loud?
"kak tetap akan berkira dengan orang yang berkira dengan kak", 

- Where's da next place you're going to?
Jitramall, tengok MAGIKA dengan aN n emma

- What was da last thing u paid for?
Nasi putih + pad pet ayam = RM4.70 <----- buka posa loo..ari nih last day posa 6!!

- Where were u last nite?
at home...tgk tv sambil gayut tepon jap sambil chatting n  sambil dok susun draf thesis... huhuhu

- What's da best ice-cream flavour?
saya suka perasa coklat + badam or hazel nut....yummm...yummm...sedap!!

- Do u wanna cut your hair?
Dah selamat pun dipotong dua tiga hari selepas Aidil Fitri hari tu..Potong secara berjemaah!! Mak belanja!!! :D

- Do u love to 'melatah'?
oh tidak!

- If that so(melatah), what will u said out loud?
hmmm.....apa ek??? mebi OMG ....aci tak???? hahahaha

- What does da last text-msg received say?
"Pastu??" - at 22.38 PM

- Will u get married in da future?
insyaAllah, kalo ade jodoh...=)

- Do u chew on your straw?
erk???? pelik la...ada plak wat camtu..tak senonoh betul!!

- Do u make-up your own words?
no....just main blasah sesuka hati jer....tgk keadaan la... 

- Is there anyone u like/love right now?
hahaha...nih soalan yang bes nih...hmm...ADA KOT!!! kekekeke....mesti la my famili members... ;)

- Tag to other 5 bloggers/more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...